Subsidi penternak ayam dihentikan mulai 1 Julai, kata Perdana Menteri

June 1, 2022 · Isu semasa

Bermula 1 Julai ini, kerajaan tidak lagi akan memberi subsidi kepada penternak ayam sebaliknya ia akan disalur secara langsung kepada rakyat yang dianggap lebih memerlukan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata langkah itu adalah bagi memastikan bebanan kenaikan harga ayam tidak terlalu dirasai dengan adanya sumbangan tunai daripada kerajaan, lapor Bernama.

Perdana Menteri berkata sebelum ini dalam usaha memastikan harga ayam tidak dinaikkan, kerajaan memberi subsidi kepada penternak agar harga ayam kekal pada paras RM8.90 sekilogram kerana ia boleh mencecah RM12 sekilogram, jika harganya diapungkan.

“Kerajaan belanja RM720 juta bagi memastikan harga ayam tidak dinaikkan. Walau bagaimanapun, ramai dalam kalangan penternak tidak menuntut bayaran subsidi dan pelbagai isu dibangkitkan,” katanya ketika berucap di Konvensyen BN bersempena sambutan ulang tahun ke-48 gabungan politik itu di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan memperinci pengumuman baharu itu.

Beliau berkata kerajaan melaksanakan pelbagai tindakan buat masa ini bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga dapat distabilkan.

Antaranya menggalakkan kegiatan industri agromakanan seperti pemeliharaan ayam dan tanaman jagung bijirin dengan menubuhkan tabung agromakanan sebanyak RM500 juta bagi pemberian pinjaman mudah kepada pemain industri.

“Kita juga akan kenal pasti pertubuhan peladang atau koperasi yang terlibat dalam projek agromakanan untuk dibantu dari segi kewangan.

“Kerajaan juga mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan. Kerajaan turut mengkaji insentif cukai yang akan diberikan kepada pemain industri agromakanan,” katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga telah menghentikan eskport ayam ke luar negara dalam usaha mengatasi kekurangan bekalan dalam negara.

Berita berkaitan
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
3 jam lalu· Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
8 jam lalu· Politik
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu· Isu semasa
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
10 jam lalu· Politik
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok