Subsidi minyak botol, isu doktor kosmetik antara tumpuan Dewan Rakyat

July 25, 2022 · Isu semasa

Pemberian subsidi bagi minyak masak tulen botol dan tindakan pemantauan bagi menangani doktor media sosial yang berleluasa melariskan jualan kosmetik antara topik yang dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, soalan berhubung sama ada kerajaan bercadang meneruskan subsidi minyak masak tulen botol sehingga penghujung tahun ini diajukan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, lapor Bernama.

Sabri Azit (PAS-Jerai) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan tindakan kementerian bagi menangani doktor media sosial yang berleluasa melariskan jualan kosmetik hingga menyebabkan kesan sampingan kepada para pengguna.

Selain itu, Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) bertanyakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai tindakan kementerian dalam memastikan pembeli rumah pertama tidak terbeban dengan caj penuh bayaran balik pinjaman bank akibat projek rumah tergendala yang semakin menjadi-jadi pascaCOVID-19.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) pula dijangka mengajukan soalan berhubung jumlah majikan yang didakwa tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2022 berkuat kuasa mulai 1 Mei lepas kepada Menteri Sumber Manusia.

Selesai sesi tersebut, Kementerian Sumber Manusia dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 untuk bacaan kali kedua serta dibahas Ahli-ahli Parlimen.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok