Subsidi haji kekal, tak beza taraf

April 16, 2022 · Isu semasa

Kerajaan kekal dengan keputusan memberikan subsidi haji kepada semua jemaah tanpa membezakan golongan tertentu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Menurutnya walaupun ada cadangan supaya pemberian subsidi haji itu disemak dan dilaksanakan secara bersasar, setakat ini kerajaan kekal dengan keputusan sebelum ini.

“Walaupun ada cadangan (bersasar), namun kita kekal bagi subsidi kepada semua. Akan ada formula kita nak bagi nanti.

“Ini (subsidi) bukan duit kerajaan, sebaliknya subsidi itu diambil daripada keuntungan pendeposit,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Tabung Haji (TH) disaran supaya melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar dengan keutamaan kepada golongan B40.

Ini kerana, dengan mengambil kira kos seorang jemaah muassasah dijangka meningkat hingga RM25,000 dan bayaran jemaah RM9,980, subsidi yang ditanggung TH amat besar.

Berdasarkan anggaran itu, jika bayaran melaksanakan ibadah haji dikekalkan pada kadar RM9,980 seorang, subsidi yang diberikan oleh TH akan mencecah RM15,020 untuk setiap seorang jemaah, yang mana ini jumlah dilihat oleh sesetengah pihak sebagai amat besar.

Idris berkata, setakat ini jumlah yang perlu dibayar utuk kos haji tahun ini akan diumumkan selepas mendapat kuota daripada Kerajaan Arab Saudi.

“Insya-Allah tidak membebankan jemaah. Kita akan umumkan sekali berapa jemaah perlu bayar bersama jumlah kuota yang kita dapat selepas mendapat keputusan daripada Arab Saudi.

“Pada masa sama, saya juga memohon untuk menambah bilangan kuota haji selain menghantar surat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu· Isu semasa
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023· Isu semasa
Memang berusaha nak jatuhkan kerajaan tapi bukan guling atas jalan: Idris Ahmad
June 4, 2023· Politik
Ramai jemaah Haji negara alami dehidrasi akibat cuaca panas
May 27, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok