Subsidi elektrik: Kaji kesan sebelum umum, Muhyiddin tegur Anwar

May 17, 2023 · Isu semasa

Kerajaan perlu lebih teliti dan tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan yang memberi kesan kepada rakyat terutama melibatkan subsidi.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebagai kerajaan setiap keputusan yang dibuat itu perlu diteliti kesannya bagi setiap peringkat.

“Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mungkin kata cara itu bagi mengurangkan bebanan. Saya faham tapi kita bila Kabinet buat keputusan dia ada dia punya andaian.

“Kalau buat begini, kesan pada sektor mana? Kalau buat begini, kesan pada domestik atau tidak ataupun, sektor industri atau tidak?

“Tetapi terbukti apabila kerajaan buat keputusan terkini itu, ada pihak yang rasa tidak berpuas hati sebab mereka terpaksa membayar bil elektrik yang lebih tinggi,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0 di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Muhyiddin berkata demikian untuk mengulas pengumuman terkini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penggunaan elektrik berlebihan di rumah bakal dikenakan caj tarif semasa tanpa subsidi.

Isnin lalu, Anwar mengumukan isi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah amat tinggi tidak lagi akan menikmati subsidi daripada kerajaan.

Jelas Anwar, rumah perseorangan yang penggunaan elektriknya sangat tinggi seperti penggunaan tiga kipas dan empat penyaman udara harus membayar kos sebenar dan tidak menikmati subsidi lagi.

Pengumuman itu menerima pelbagai reaksi daripada warga net yang rata-rata marah dengan keputusan itu lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas melampau yang melanda negara.

Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis tersebut Muhyiddin menegaskan beberapa kajian menunjukkan rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 dan M40 merasakan kedudukan kewangan peribadi mereka semakin terjejas hingga ada gesaan yang kuat supaya kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Malangnya, kerajaan tidak mendengar keluhan dan permintaan rakyat selain tidak mempunyai sebarang langkah konkrit bagi membantu rakyat menghadapi zaman sukar pada masa ini.

“Janganlah semasa sebelum berkuasa pandai bercakap tetapi apabila berkuasa tak pandai buat. Malah, menutup mata dan memekakkan telinga apabila berhadapan dengan tuntutan rakyat. Langsung tidak peka dan tidak prihatin terhadap nasib rakyat jelata,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi MASA berbesar hati kerana MPDP 2.0 mendapat sambutan memberangsangkan daripada kalangan ahli penyelidik dan akademik dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.

Tambahnya, 27 kertas cadangan disenarai pendek panel penilai dan setiap penerima geran MPDP 2.0 layak menerima geran penyelidikan sebanyak RM10,000.

Antara bidang tumpuan penyelidikan MPDP 2.0 merangkumi isu-isu relevan seperti perubahan iklim, keterjaminan bekalan makanan, menangani keciciran pembelajaran, memacu perniagaan, rumah mampu milik, pembinaan daya tahan sistem kesihatan dan kesiapsiagaan menghadapi krisis pada masa depan serta perlindungan sosial.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
10 minit lalu· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu· Isu semasa
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
7 jam lalu· Politik
Saya tak dengar ada rombakan Kabinet, kata TPM
May 30, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok