Subsidi cecah RM80 bilion tahun ini, kata Tengku Zafrul

August 31, 2022 · Isu semasa

Subsidi Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion tahun ini, tertinggi dalam sejarah negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau yang memetik angka Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, tanpa subsidi inflasi negara boleh mencecah lebih daripada 12 peratus.

Berbanding negara-negara ASEAN lain seperti Indonesia dengan kadar inflasi pada (+4.9 peratus), Filipina (+6.4 peratus), Singapura (+7.0) dan Thailand (+7.6 peratus), kadar inflasi Malaysia dianggap rendah.

“Kadar inflasi Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia, sebahagiannya disebabkan oleh pemberian subsidi kita yang tinggi,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter beliau, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kadar inflasi Malaysia ketika ini berada pada 2.8 peratus (Jan-Julai 2022), sejajar dengan sasaran Bank Negara Malaysia pada 2.2-3 2 peratus bagi 2022.

Banyak negara di seluruh dunia ketika ini mengalami tekanan inflasi disebabkan oleh kenaikan input pengeluaran dan harga tenaga. – Bernama

Berita berkaitan
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022· Politik
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS, menghampiri RM4.70
September 28, 2022· Isu semasa
Unjuran KDNK 2022 Malaysia disemak naik kepada 6.4 peratus
September 28, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
18 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
18 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
20 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok