Subsidi besar, tapi tak lulus lagi setelah Ismail Sabri bubar Parlimen

October 12, 2022 · Isu semasa

Jumlah subsidi yang diperuntukkan untuk rakyat menerusi Bajet 2023 berjumlah RM55 bilion, lebih besar berbanding RM31 bilion pada 2022, menurut Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan hari ini (12 Oktober 2022).

Bagaimanapun, untuk rekod, jumlah subsidi besar itu belum lagi diluluskan di Dewan Rakyat, susulan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa Isnin lalu.

Bajet defisit RM372.34 itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Jumaat lalu (7 Oktober).

Menurut kenyataan itu, usaha menyiapkan Bajet 2023 mengambil masa enam bulan dengan mengadakan lebih 200 sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dan sektor terpilih serta mengkaji 250 memorandum dan 12,000 cadangan.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, MoF berkata anggaran RM55 bilion itu adalah berdasarkan unjuran harga minyak global yang bakal menurun sekitar AS$90 setong, dan harga komoditi lain juga dijangka menurun dalam jangkaan ekonomi dunia akan lembap tahun depan.

Menurut MoF, apa yang penting ialah subsidi kepada B40 dan M40 telah bertambah tahun depan, dengan perbelanjaan bantuan sosial dan subsidi ditingkatkan dua kali ganda dripada 5.2 peratus kepada 11.3 peratus daripada perbelanjaan mengurus.

“Bantuan tunai di bawah JKM dan BKM kepada golongan susah dan B40 pula adalah sekitar RM10 bilion.

“Malah, Bajet 2023 juga memperuntukkan RM1 bilion bagi Program Pembasmian Miskin Tegar, bertujuan membantu golongan itu berdikari melalui inisiatif ekonomi dan pertanian,” kata MoF lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
17 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
1,616 kes baharu, empat kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok