Subsidi bersasar elektrik bagi T20 diumum selepas siap Pengkalan Data Utama

May 25, 2023 · Isu semasa

Subsidi bersasar penggunaan elektrik bagi golongan T20 berasaskan pendapatan akan diumumkan selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka siap hujung tahun ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ketika ini, subsidi diberikan berdasarkan kategori jumlah unit elektrik (kWj) pengguna dan bukannya berasaskan pendapatan, menurut laporan Bernama.

Sehubungan itu katanya, apabila dengan sistem PADU siap sepenuhnya, subsidi bersasar kepada pengguna T20 berasaskan pendapatan mereka dapat dilaksanakan.

“Kalau T20 kita anggap rumah mereka ada lima, enam penyaman udara, ada pengering serta banyak kelengkapan lain dan bil elektrik mereka cecah RM500 hingga RM700 atau lebih.

“Tidak patutlah mereka dapat subsidi yang lebih berbanding golongan lain, kerana ia (subsidi) berdasarkan penggunaan, jadi mereka (T20) yang nikmati lebih banyak subsidi ringgit berbanding pengguna M40 dan B40, secara prinsipnya ini tidak adil,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat hari ini.

Nik Nazmi juga bersetuju penggunaan tenaga solar wajar digalakkan kepada golongan T20, bagaimanapun harga tenaga boleh diperbaharui itu mestilah pada harga pasaran yang sesuai dan boleh bersaing dengan tenaga elektrik konvensional.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta penjelasan berhubung pemansuhan subsidi elektrik bagi T20 serta sama ada kerajaan akan menggalakkan golongan itu menggunakan tenaga solar sebagai sumber alternatif elektrik.

Menjawab soalan asal Khoo berhubung jumlah perbelanjaan subsidi yang dijimatkan ekoran pelarasan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) pada Januari 2023, Nik Nazmi berkata penjimatan subsidi adalah sebanyak RM5.4 bilion bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun dan kos itu telah dilepaskan kepada pengguna secara bersasar.

“Kos ICPT bagi tempoh Julai hingga Disember 2022 sebanyak RM16.16 bilion bersamaan kadar surcaj 27 sen/kWj yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

“Bagaimanapun, kerajaan bersetuju mengekalkan rebat 2 sen/kWj kepada pengguna domestik dan surcaj 3.70 sen/kWj pengguna bukan domestik dalam kategori voltan rendah (tarif B dan D) serta kategori pertanian spesifik (tarif H, H1, dan H2) bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023.

“Pengguna bukan domestik yang lain dikenakan surcaj pada kadar 20 sen/kWj bagi tempoh yang sama,” katanya.

Berita berkaitan
Dasar agih subsidi kerajaan dahulu silap, kata Mat Maslan
May 26, 2023· Isu semasa
Selepas pengesahan tiada dana judi, PN pertimbang saman individu buat tuduhan
May 26, 2023· Politik
Dewan Rakyat: Tiada bukti Perikatan Nasional terima dana judi seperti didakwa PMX
May 25, 2023· Politik
“Untold Story jadi Unsold Story”, kata Takiyuddin
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok