Subsidi 2022 terbesar dalam sejarah bagi ringankan beban rakyat, kata MOF

June 25, 2022 · Isu semasa

Unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang berjumlah RM77.3 bilion setakat ini bagi 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.

Menteri Kewangan itu berkata berkata unjuran subsidi kepenggunaan ini meliputi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) (RM37.3 bilion); minyak masak (RM4 bilion); tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, serta bil subsidi (RM9.7 bilion), tidak termasuk bantuan kebajikan lain, lapor Bernama.

Unjuran subsidi untuk 2022 itu adalah jika harga bersubsidi serta harga pasaran minyak, arang batu dan komoditi lain kekal pada paras semasa, katanya.

“Apabila ditambah dengan bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) (RM11.7 bilion) dan lain-lain subsidi (RM14.6 bilion), jumlah keseluruhan subsidi setakat ini adalah RM77.3 bilion bagi 2022,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata ini juga mengambil kira pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai bantuan tunai tambahan RM630 juta yang meningkatkan jumlah BKM Fasa 2 bagi golongan berpendapatan rendah kepada RM1.74 bilion mulai 27 Jun, 2022.

Selain itu, subsidi elektrik bernilai RM5.8 bilion untuk separuh tahun kedua bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik mulai 1 Julai, 2022 turut diambil kira, katanya.

Tengku Zafrul berkata kerajaan peka terhadap kenaikan harga komoditi dan kadar inflasi ekoran gangguan kepada rantaian bekalan global dan konflik Ukraine-Rusia, yang telah mengakibatkan impak kenaikan harga barangan asas ke atas kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Sehubungan itu, subsidi kerajaan bertujuan menampung kos sara hidup rakyat, katanya.

Beliau berkata kerajaan juga ingin memaklumkan bahawa subsidi menyeluruh yang meliputi petrol, diesel, air dan elektrik juga memberi manfaat yang besar kepada golongan M40 dan T20.

“Kementerian Kewangan akan terus memantau faktor-faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu· Isu semasa
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023· Isu semasa
Harga petrol dan diesel kekal, tak turun dan tak naik
June 7, 2023· Isu semasa
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
June 1, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok