Subkontraktor baru 45 hari sudah tuntut RM178 juta ketika Najib PM

August 16, 2022 · Isu semasa

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, mendakwa sebuah syarikat subkontraktor yang berusia 45 hari, membuat tuntutan berjumlah RM178 juta dari projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Justeru, beliau menuntut supaya Najib memberi penjelasan lanjut selain menjawab dakwaan berhubung tuntutan yang dibuat subkontraktor terbabit.

Menurutnya sebagai Menteri Kewangan ketika itu, Najib mesti menjawab bagaimana sebuah subkontraktor yang hanya berusia 45 hari boleh membuat tuntutan berjumlah RM178 juta dari projek pertahanan utama negara.

“Kertas siasatan dalaman projek LCS menunjukkan bahawa subkontraktor lapisan kedua (Contraves Electrodynamics Sdn Bhd, atau CED) membuat tuntutan sebanyak RM178 juta sebagai yuran memulakan kerja (“mobilisation fee”) pada hari yang sama ia dilantik, sedangkan pada ketika itu subkontraktor ini ditubuhkan 45 hari sebelum itu,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga menyenaraikan tiga peristiwa yang didakwa beliau mempunyai kaitan dengan bayaran yang melanggar prinsip urus tadbir Pekeliling Perbendaharaan.

“9 April 2012, BNS melantik Contraves Advanced Devices (CAD) sebagai subkontraktor bagi dua pakej utama bernilai RM1.2 bilion.

“9 April 2012, CAD melantik CED sebuah syarikat yang baru berusia 45 hari sebagai subkontraktor bagi dua pakej yang dianugerahkan oleh BNS.

“9 April 2012, CED membuat tuntutan sebanyak RM178 juta sebagai yuran memulakan kerja pada hari yang sama ia dilantik sebagai kontraktor lapisan kedua,” dakwanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Katanya penyelewengan sedemikianlah yang menyebabkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akhirnya tidak mempunyai dana (walaupun telah dibayar kerajaan) dan projek tergendala sehingga tidak ada satu kapal pun siap hingga ke hari ini

Menurutnya sehingga kini, Najib sendiri belum menjawab soalan-soalan pokok yang diutarakannya sejak beliau mendedahkan butiran projek LCS yang mengesahkan ada penyelewengan.

Rafizi menggariskan kewujudkan penyelewengan itu seperti berikut:

1. Kenapa reka bentuk dan kelas kapal LCS diubah di saat akhir dari yang telah diluluskan, iaitu dari kelas Sigma (Belanda) kepada kelas Gowind (Perancis)?;
2. Siapa yang lebih berkuasa dari Menteri Pertahanan ketika itu (Zahid Hamidi) yang boleh mempengaruhi keputusan?;
3. Kenapa kontraktor utama (Boustead Naval Shipyard, BNS) melantik subkontraktor berlapis-lapis, adakah untuk menyembunyikan penglibatan DCNS yang ada reputasi dan skandal terdahulu berkait dengan Najib?; dan
4. Kenapa kos untuk dua pakej utama naik harga dua kali ganda (dari RM397 juta kepada RM1.2 bilion) apabila melalui dua lapisan subkontraktor?
Kesemua ini melibatkan dua bentuk keputusan utama.

“Pertama, keputusan teknikal berhubung pilihan reka bentuk dan teknologi kapal perang (yang berubah dari kelas Sigma kepada kelas Gowind).

“Kedua, keputusan kewangan, peruntukan dan pembayaran yang sepatutnya tertakluk kepada semua Pekeliling Perbendaharaan yang mengawal selia urusan tuntutan dari kontraktor dan subkontraktor,” katanya.

Berita berkaitan
Keputusan kes saman LHDN terhadap Shafee tak bayar cukai pada 28 Sept
September 13, 2022· Isu semasa
Khairy sangkal dakwaan ubat diberi kepada Najib ditukar
September 13, 2022· Isu semasa
Najib keluar 46 cek RM10.3 juta pada 2011, pemimpin politik antara penerima: Saksi
September 12, 2022· Isu semasa
Najib sihat semasa dibenarkan keluar dari HKL, kata Dr Noor Hisham
September 12, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
9 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
10 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok