Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

June 6, 2022 · Isu semasa

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki dirempuh Perodua Myvi dipandu seorang pemuda dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Jalan Serkam Pantai, berhampiran Masjid Kampung Pulai Lama, Merlimau, pagi tadi.

Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri Surayah Muhamat, 48, yang menaiki motosikal Yamaha Ego maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan [email protected] Zaki Omar berkata kejadian itu membabitkan tiga motosikal dan sebuah kenderaan dipandu pemuda berusia 24 tahun.

Beliau berkata, sebelum kejadian mangsa yang maut bersama penunggang motosikal berusia 57 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Merlimau manakala Perodua Myvi pula dari arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mabuk hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Ketika kenderaan itu memasuki laluan bertentangan kedua-dua motosikal yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak dan membrek lalu bertembung,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, akibat pertembungan itu motosikal ditunggang lelaki berusia 57 tahun terbakar, manakala sebuah lagi motosikal yang diletakkan dibahu jalan turut dirempuh Perodua Myvi berkenaan.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa berusia 57 tahun cedera ringan di badan.

“Pemandu Perodua Myvi yang juga operator kilang pula cedera ringan di muka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita berkaitan
Kes tembak sehingga maut, polis tahan dua lelaki bantu siasatan
May 25, 2023· Isu semasa
NGO serah bukti skandal seks Exco Melaka, gesa siasatan segera
May 10, 2023· Politik
NGO minta orang ramai bantu cari wanita dalam skandal seks, buat tawaran
May 5, 2023· Isu semasa
Skandal seks, bekas KB UMNO Tangga Batu desak Rais lapor polis
April 29, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 minit lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok