Suami isteri maut dipercayai dibunuh ahli keluarga

July 7, 2022 · Isu semasa

Suami isteri maut dipercayai dibunuh ahli keluarga

Sepasang suami isteri ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai dibunuh oleh salah seorang ahli keluarga itu sendiri di ruang tamu rumah mereka di Taman Bercham Aman di Ipoh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mekanik Ng Chun Hon, 64, dan suri rumah Ooi Tin Lu, 59, kira-kira jam 8.50 pagi daripada abang kepada Chun Hon.

Beliau berkata pengadu memberitahu bahawa dia menemui adik lelaki bersama isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah semasa balik ke rumah itu selepas tamat bekerja, lapor Bernama.

“Pasukan polis bersama pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah ke tempat kejadian dan mendapati kedua-dua mayat ditempatkan berdekatan, tersandar pada dinding, dan mereka dipercayai mati akibat kecederaan pada bahagian kepala disebabkan senjata tajam serta objek tumpul, namun tiada senjata yang ditemukan.

“Siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan di rumah ini dan kedua-dua mereka dipercayai telah meninggal dunia malam tadi.

“Ibu mangsa yang berumur 90-an, uzur dan berkerusi roda, turut berada dalam rumah ketika kejadian, namun tidak diapa-apakan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Yahaya berkata polis sedang mencari adik lelaki Chun Hon yang dikenali sebagai Ng Chun Ming, 61, yang menghilangkan diri bersama kereta Proton Saga dengan nombor pendaftaran PHU 8608, bagi membantu siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penganggur dengan rekod jenayah lampau kes mendatangkan kecederaan itu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Nor Azalina Rais Ahmad dengan menelefon 0136282176 bagi membantu siasatan.

Menurutnya kedua-dua mayat telah dihantar ke HRPB untuk dibedah siasat.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok