Suami isteri ditahan, polis rampas dadah RM2 juta di Ipoh

July 25, 2022 · Isu semasa

Polis menahan pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM2 juta pada Khamis lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menahan lelaki tempatan berusia 34 tahun itu di sebuah pusat makanan di Jalan Raja Musa Mahadi manakala wanita warga Vietnam berusia 38 tahun itu ditahan di tepi jalan sekitar Panorama Lapangan Perdana pada kira-kira 4.40 petang.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dipandu suspek lelaki menemukan 10 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Pemeriksaan susulan telah dilakukan di sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di sekitar Ipoh dan menjumpai 10 bungkusan plastik disyaki dadah jenis sama.

“Polis turut menyita seutas jam tangan berjenama, rantai kaki, sebentuk cincin serta seutas rantai tangan manik. Anggaran jumlah keseluruhan harta yang disita bernilai RM83,315,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata ujian air kencing ke atas suspek lelaki yang bekerja di kedai cermin dan aluminium di sini, didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala suspek wanita yang tidak bekerja itu didapati negatif dadah serta kedua-duanya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Beliau berkata jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada kira-kira 200,000 penagih dan dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang aktif mengedar sejak tiga bulan lepas direman seminggu sejak Jumaat lepas sehingga Khamis ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara masyarakat dengan agensi penguat kuasa dan polis akan terus memperhebatkan operasi bagi membanteras aktiviti penagihan, penyeludupan dan pengedaran dadah dari semasa ke semasa,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
MP DAP gesa SPRM teruskan beku akaun Bersatu, sama seperti UMNO dulu
February 4, 2023· Politik
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
February 4, 2023· Isu semasa
Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis
February 2, 2023· Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
8 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
9 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
9 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
17 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok