Suami, isteri antara tujuh ditahan edar dadah RM4.2 juta di Johor

October 31, 2021 · Isu semasa

Polis mematahkan satu sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah bernilai RM4.2 juta susulan penahanan sepasang suami isteri dan lima yang lain dalam empat serbuan di empat buah rumah di Johor pada 21 hingga 28 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata pasangan itu ditahan bersama tiga lelaki tempatan, dua wanita termasuk seorang warga China yang kesemuanya berumur antara 39 hingga 48 tahun.

Beliau berkata menerusi serbuan itu pihaknya merampas sebanyak 115.1 kilogram dadah jenis syabu, 528 gram (g) ketamin, 52.8g ekstasi, 91.8g mushroom,10.5g eramin 5 dan 9.17g pil yaba.

Menurut beliau suami isteri berusia 41 dan 48 tahun itu dipercayai berperanan sebagai dalang sindiket terbabit, dan telah aktif menyeludup dan mengedar dadah sejak pertengahan tahun ini.

“Dadah ini dipercayai diseludup dari negara jiran menerusi utara Semenanjung dan dipasarkan untuk pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

“Rumah yang diserbu itu pula dijadikan tempat untuk membungkus semula dadah berkenaan. Kita anggarkan kesemua dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 587,222 penagih dadah di negara ini,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Razarudin berkata hasil ujian air kencing mendapati enam daripada mereka termasuk pasangan suami isteri itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala lima daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata lima buah kereta bernilai RM363,000, wang tunai RM6,870, seutas rantai emas bernilai RM1,300 dan 11 akaun bank berjumlah RM318,431 turut disita.

Kesemua individu terbabit ditahan reman bermula 22 Oktober hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan individu lain di negara ini, dalam kes penahanan seorang rakyat Malaysia yang disyaki cuba menyeludup sebanyak 450 kilogram heroin bernilai RM431.8 juta ke Australia, baru-baru ini.

Katanya polis tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat ketika ini, memandangkan ia masih dalam peringkat siasatan.

Beliau berkata siasatan kes berkenaan juga dijangkakan akan mengambil masa kira-kira satu atau dua bulan.

“Sindiket seperti ini menggunakan modus operandi yang terlalu kompleks, jadi siasatan mahu pun operasi perlu dibuat dengan sebaiknya.

“Kita masih menyiasat…memang ada penglibatan (individu lain) di sini, tetapi kita tidak boleh dedahkan awal,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok