Strategi tangani Covid-19 Kerajaan PN berjaya, akan diteruskan: Ismail Sabri

August 22, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan strategi yang dirangka Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dalam memerangi pandemik Covid-19 akan diteruskan dan diperkasakan.

Memberi ucapan sulung sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 petang ini, Ismail Sabri turut menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

“Melalui usaha berterusan kerajaan sebelum ini, kadar pencapaian vaksinasi di Malaysia merupakan antara yang terpantas di seluruh dunia. Malaysia konsisten memberi kadar vaksinasi yang tinggi melebihi 500 ribu dos sehari.

“Bersandarkan data tersebut, maka kerajaan ini akan meneruskan usaha yang dilaksanakan sebelumnya agar segera kita beralih ke fasa pemulihan melalui sasaran imuniti kelompok.

“Demi mencapai sasaran tersebut lebih awal, kerajaan ini akan memastikan inisiatif dan strategi dalam meningkatkan liputan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung semakin diperhebat,” katanya.

BACA: Ucapan Perdana Menteri Ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Beliau berkata pandemik Covid-19 adalah musuh semua dan mengambil kira situasi getir pandemik Covid-19 dunia, umum mengetahui bahawa varian wabak ini sentiasa berevolusi. Bermula daripada varian Alpha kepada Beta, dan yang terkini ialah varian Lambda.

“Oleh itu, strategi yang telah dirangka kerajaan sebelum ini akan diteruskan dan diperkasakan serta ditambah baik dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar kesihatan awam negara,” katanya.

Semua program menangani pandemik Covid-19 yang turut memberi kesan kepada ekonomi negara selain bantuan kepada rakyat melalui PRIHATIN dan PENJANA mula digerakkan Kerajaan PN di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Bera itu berkata Yang di-Pertuan Agong dalam perjumpaan bersama ketua-ketua parti baru-baru ini telah bertitah kepada semua agar melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Kesemua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana. Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan.

“Saya faham, kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Oleh itu, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan. Ini termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti.

“Justeru, saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
15 jam lalu· Politik
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan bubar Parlimen?
21 jam lalu· Politik
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
October 2, 2022· Politik
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
October 2, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
10 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
11 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
11 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
11 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok