Stesen ECRL Puncak Alam lulus: Tengku Zafrul umum di Kuala Selangor

June 5, 2022 · Isu semasa

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengumumkan kelulusan bagi pembinaaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.

“Tempoh hari saya ada berjumpa dengan gabungan pengerusi-pengerusi penduduk di Puncak Alam. Mereka ada menyuarakan hasrat warga Puncak Alam untuk membina stesen ECRL di Puncak Alam.

“ Oleh yang demikian, saya telah mohon pihak berkaitan untuk memberi pertimbangan rapi terhadap permintaan stesen ECRL ini, dan Alhamdulillah ianya telah diluluskan dan insya-Allah akan ada stesen ECRL di Puncak Alam ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor malam ini.

Menurut Bernama, beliau dilaporkan berkata bagi pembinaan stesen ECRL yang lain, pengumuman akan dibuat pada waktu yang sesuai.

Pada masa yang sama, Tengku Zafrul juga mengumumkan hasratnya menjadikan Kuala Selangor sebagai Daerah Angkat Kementerian Kewangan, bagi merealisasikan kemajuan daerah itu semaksimum mungkin ke hadapan.

“Saya secara peribadi sememangnya sedikit sentimental dengan daerah Kuala Selangor ini. Memang banyak potensi tempatan yang boleh dikembangkan dan diketengahkan,” katanya.

Bercakap kepada media, beliau berkata bagaimanapun semua kementerian serta agensi kerajaan akan terus memberi bantuan kepada semua sektor dan kawasan ekonomi di negara ini termasuklah di Kuala Selangor.

Mengenai program lawatannya yang dikatakan selalu dibuat di Kuala Selangor, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa beliau melakukan lawatan di pelbagai kawasan seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di daerah itu sahaja.

“Apabila anda harus membuat sesuatu dasar, adalah penting untuk kita memahami keadaan di bawah, oleh kerana itu saya telah menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia dan isu yang paling utama sekarang adalah memastikan usaha pemulihan ekonomi terus bergerak di landasan yang telah ditetapkan,” katanya.

Ditanya adakah beliau mungkin bertanding di Kuala Selangor untuk Pilihan Raya Umum Ke-15, beliau berkata buat masa ini fokusnya adalah di Kementerian Kewangan.

Berita berkaitan
Gangguan bekalan air 99 kawasan di Selangor
May 17, 2023· Isu semasa
Zafrul dilantik Bendahari UMNO Selangor
April 12, 2023· Politik
Pelaburan langsung ke luar negara tahun lepas naik kepada RM602.1 bilion: MITI
March 1, 2023· Isu semasa
Tak boleh buat kesimpulan yang dipanggil jadi saksi atau suspek, kata Azam
February 20, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok