Status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal buat masa ini

September 5, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan walaupun dia menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata status bekas Presiden UMNO itu kekal tidak berubah kerana Najib secara rasmi memfailkan pengampunan pada 2 September, dalam tempoh 14 hari yang dibenarkan berikutan sabitan kesalahannya.

“Ini bermakna status Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan tidak berubah pada masa ini dan hanya akan dimuktamadkan sebaik sahaja petisyen untuk pengampunan diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan tengah hari ini.

Terdahulu media melaporkan Azhar berkata status bekas Perdana Menteri itu akan diketahui hari ini sama ada kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan atau tidak.

“Status Datuk Seri Najib Razak sebagai MP berakhir esok. Saya akan keluarkan kenyataan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Perubahan Iklim 2022 di Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini (5 September 2022).

24 Ogos lalu, Azhar berkata Najib mungkin kehilangan status sebagai ahli Parlimen Pekan dalam tempoh 14 hari secara automatik sekiranya tiada prosedur lain mahkamah dimulakan atau pengampunan diraja diberikan dalam tempoh itu.

Ianya adalah selaras dengan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang RM2,000, dan tidak mendapat pengampunan diraja.

Pada masa ini, katanya, Parlimen perlu menunggu pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung hukuman yang dikenakan kepada Najib.

Najib dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuannya dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes melibatkan RM42 dana SRC International Sdn Bhd, semalam.

“Sekarang ini, tiada lagi rayuan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan, tetapi Perkara 48(4)(b) menyatakan sekiranya terdapat prosiding mahkamah lain (dimulakan), maka status Najib (sebagai Ahli Parlimen Pekan) kekal sehingga prosiding itu selesai.

“Saya perlu mengetahui terlebih dahulu jika ada prosiding lain (dimulakan), termasuk semakan, kerana proses semakan adalah sebahagian daripada prosedur mahkamah.

“Jika ada, dan Najib memfailkan semakan dalam tempoh 14 hari, maka statusnya sebagai Ahli Parlimen Pekan akan kekal sehingga prosiding itu tamat.

“Pada masa sama, Perkara 48 menyatakan sekiranya terdapat permintaan pengampunan diraja dalam tempoh 14 hari, maka statusnya kekal sehingga proses pengampunan diraja selesai,” kata Azhar.

Berita berkaitan
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Tiada penurunan harga petrol
August 9, 2023· Isu semasa
1 sen pun keluarga tidak terima wang 1MDB : Zeti
July 27, 2023· Isu semasa
Derma kerabat diraja Arab Saudi tidak pernah didedah kepada BNM : Zeti
July 27, 2023· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok