SPRM tak akan ulas lagi siasatan terhadap hakim Nazlan

November 12, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan berhubung siasatannya terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata badan antirasuah itu mengambil sikap ini kerana takut menjadi subjudis.

“Apa sahaja kenyataan Ketua Hakim Negara (Tun Tengku Maimun Tuan Mat) adalah haknya. SPRM menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan kes dan tidak akan mengulas kes itu lagi,” katanya menurut NST.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kota Bharu, hari ini (12 November 2022).

Tengku Maimun pada Khamis lalu berkata kenyataan media SPRM berhubung siasatan terhadap Nazlan telah menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap sistem kehakiman.

Beliau yang mengetuai panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan, berkata demikian ketika mendengar permohonan untuk merujuk dua soalan Perlembagaan berkaitan siasatan SPRM terhadap Nazlan.

Soalan yang dibangkitkan dalam saman itu oleh dua peguam dan seorang aktivis ialah:

– Sama ada badan penyiasatan jenayah, termasuk SPRM, dibenarkan menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan hanya selepas mereka digantung di bawah Perkara 125 (5) Perlembagaan Persekutuan (FC).

– Sama ada pendakwa raya diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat menurut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Nazlan mengetuai Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Bhd.

Bekas Presiden UMNO itu kini menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak wajar ugut penjawat awam hanya nak menang PRU-15: Perikatan Nasional
November 18, 2022· Politik
Kenapa perlu tunggu menang PRU baharu nak serah bukti?
November 12, 2022· Politik
Banduan tidak boleh keluar sebarang kenyataan, kata Jabatan Penjara ulas isu Najib
October 20, 2022· Politik
Kes Roger Ng tertangguh, hakim tetap 10 Jan tarikh urus kes
October 19, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
16 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok