SPRM tahan pengarah jabatan universiti terima Honda Accord 2.4

September 21, 2022 · Isu semasa

Seorang pengarah jabatan sebuah universiti awam di Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima kereta mewah daripada kontraktor sebagai dorongan untuk meluluskan projek bernilai RM1.6 juta.

Sumber SPRM berkata ketua jabatan pengurusan fasiliti di universiti itu ditahan pada petang Isnin ketika dia hadir ke pejabat SPRM Melaka di Alai untuk memberi keterangannya.

Sumber itu menambah, suspek didakwa menerima Honda Accord 2.4 bernilai kira-kira RM174,500 daripada kontraktor yang berpangkalan di Klang sebagai ganjaran meluluskan projek untuk syarikat itu, di mana proses bidaan mula ditawarkan melalui tender terbuka.

Pengarah SPRM negeri Mohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan itu sambil berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh semalam untuk direman.

Sementara itu, SPRM mendedahkan seramai 59 kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan rasuah, sejak 2017 hingga Ogos lalu.

Jumlah itu membabitkan 55 kakitangan IPTA, manakala bakinya tenaga kerja IPTS dengan semua mereka ditahan kerana menerima rasuah, salah guna kuasa, tuntutan palsu dan pelbagai kesalahan kewangan lain.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, berkata seramai 49 daripada keseluruhan orang kena tangkap (OKT), masing-masing 48 kakitangan IPTA dan seorang tenaga kerja IPTS sudah pun didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, semua kesalahan didakwa dilakukan OKT itu membabitkan dana keseluruhan bernilai RM1.32 juta, masing-masing RM1.31 juta direkodkan diseleweng di IPTA, manakala RM11,800 lagi di IPTS.

Rasuah, salah guna kuasa, konflik kepentingan, salah urus kewangan, penipuan perolehan dan pentauliahan, nepotisme dan pilih kasih dalam lantikan dan kenaikan pangkat, penyebaran imej, audio dan rakaman berkaitan seks bagi tujuan ugutan atau tawaran seks timbal balas bagi gred, kemasukan pelajar tak layak dan pelbagai lagi memberi implikasi serius kepada reputasi institusi, selain memusnahkan nilai teras kejujuran yang cuba diterapkan kepada pelajar.

“Perbuatan tidak jujur dalam kalangan masyarakat pasti akan membawa sesebuah negara kepada bencana sosioekonomi.

“Justeru, menjadi tanggungjawab kolektif individu berjawatan di peringkat universiti dan semua golongan dewasa memastikan rasuah, amalan tidak beretika dan ketidakjujuran tidak menjadi perkara yang dipelajari atau diteladani pelajar,” katanya ketika ucaptama pada Majlis Pelancaran Rangka Kerja Pencegahan Rasuah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hari ini.

Berita berkaitan
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu· Isu semasa
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
13 jam lalu· Isu semasa
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
18 jam lalu· Politik
Perbicaraan 10 kes bekas Menteri Besar Perlis dari UMNO berjalan serentak
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok