SPRM tahan eksekutif GLC, isteri

June 5, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan seorang eksekutif kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan isterinya, kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah lebih RM600,000 bagi kerja-kerja pelantikan syarikat pengangkutan.

Menurut sumber SPRM, suami isteri yang masing-masing berusia 50-an dan 40-an itu ditahan pada kira-kira jam 7 malam di kediaman mereka di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Sumber SPRM itu berkata lelaki berkenaan disyaki meminta ‘habuan bulanan’ kira-kira RM20,000 sebagai balasan melantik sebuah syarikat pengangkutan bagi penghantaran produk berasaskan minyak ke seluruh negara untuk tempoh antara Julai 2019 hingga April tahun ini.

Isterinya pula dipercayai bersubahat untuk meminta dan menerima bagi pihak suaminya, menurut laporan Bernama.

Menurut sumber SPRM itu, isteri eksekutif kanan itu juga dipercayai mempunyai kawalan ke atas kad debit milik syarikat pengangkutan terbabit di mana pemilik syarikat tersebut terlibat dalam urusan rasmi dengan suaminya.

Pasangan itu direman enam hari bermula hari ini sehingga 10 Jun selepas perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan suami isteri tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan
Arahan keluar RM1 juta tak ikut prosedur, kata saksi kes Syed Saddiq
6 jam lalu· Isu semasa
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
July 5, 2022· Politik
Pesuruhjaya Kehakiman larang pihak luar buat kenyataan kes rasuah Syed Saddiq
July 4, 2022· Isu semasa
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
45 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
56 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
2 jam lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
2 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok