SPRM tahan CEO projek kastam 2013, siapa memerintah masa itu?

October 2, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutis sebuah syarikat yang diberi projek bernilai jutaan ringgit bagi melaksanakan U-Customs milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sejak 2013.

Dilaporkan bahawa CEO berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang semalam.

Difahamkan dia dipanggil memberi keterangan susulan siasatan SPRM terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai sistem U-Customs bernilai RM397.43 juta yang gagal disiapkan sejak projek itu bermula pada Oktober 2013.

Pada 29 September lalu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung kes itu setelah dibangkitkan dalam LKAN 2019 Siri 2 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurut laporan audit itu, sejumlah RM272.99 juta telah dibayar kepada pembekal dan Pejabat Pengurusan Projek, manakala hanya satu Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM55,660 telah dikenakan.

Difahamkan, projek U-Customs itu diserahkan Kementerian Kewangan kepada syarikat itu pada 2013 bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) tetapi gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan, walaupun lima lanjutan tempoh masa (EOT) diberikan.

Untuk rekod Menteri Kewangan I ketika itu adalah Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, adalah Menteri Kewangan Kedua, dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah Timbalan Menteri Kewangan.

Ahmad Husni meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun 2016, tatkala negara mula digegarkan dengan laporan skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia melibatkan kecurian dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion-bilion ringgit.

1MDB ditubuhkan pada 2009 adalah syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan. Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2013 merancakkan lagi ‘aktiviti pelaburan’ sehingga ia mula terpalit dengan pelbagai kontroversi pada April 2015, yang turut melibatkan Najib.

Skandal 1MDB itu turut disiasat beberapa negara luar, termasuk Singapura, Switzerland, United Kingdom, Hong Kong dan Australia. Malah Amerika Syarikat (AS) turut menyiasat serta bertindak membekukan aset anak tiri Najib, Riza Aziz, sementara Jabatan Kehakiman (DoJ) AS pula membuat pendedahan pembabitan ‘Malaysian Official 1’.

SMK adalah sistem yang menyediakan penyelesaian secara elektronik bagi pengikraran dan pelepasan dagangan selaras dengan dasar kerajaan elektronik. Bagaimanapun, kajian dilakukan untuk menaik taraf sistem itu sebelum, Najib bersetuju ianya diganti dengan sistem lebih baik selepas menerima laporan pada 15 Mac 2012.

Difahamkan, U-Customs juga membolehkan data terkini berkaitan dengan maklumat perkapalan dan pengikraran dagangan import/eksport dikongsi bersama oleh ‘authorised partners’ melalui perkhidmatan web. Ianya juga boleh membantu proses pengauditan dan penarafan risiko barangan serta profil pengimport/pengeksport di dalam sistem pengurusan risiko.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki dilapor mengesahkan penahanan CEO terbabit tetapi tidak memberikan butiran lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Susulan daripada penahanan CEO terbabit, beberapa lagi individu dipercayai akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pasaran hartanah dijangka lebih baik tahun ini: MIEA
April 3, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor
September 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
17 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
17 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok