SPRM tahan 6 pengarah, pemilik syarikat palsukan dokumen kontrak

May 25, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di Kedah pada 2019.

Menurut sumber SPRM, mereka berusia 38 hingga 49 tahun itu yang juga pengarah dan pemilik syarikat, ditahan di Kedah serta Kuala Lumpur, semalam.

“Seorang daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Kedah, manakala lima lagi di SPRM Kuala Lumpur antara jam 10.28 pagi hingga 5.24 petang,” lapor Bernama yang memetik sumber.

Kesemua suspek itu disyaki menggunakan penyata akaun bank syarikat yang palsu dalam permohonan tender Penswastaan ​​Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.

Susulan itu, sumber berkata, SPRM merekodkan percakapan mereka dan saksi, selain mendapatkan dokumen yang relevan dalam kes berkenaan.

“Kesemuanya akan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 serta penjamin,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok