SPRM tahan 16 pengarah disyaki lesapkan jutaan ringgit geran MITRA

October 26, 2021 · Isu semasa

Enam belas pengarah sebuah syarikat ditahan setelah disyaki terbabit dalam penyelewengan jutaan ringgit peruntukan geran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Penahanan itu dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi besar-besaran di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hingga lewat malam tadi, lapor Bh yang memetik sumber sebagai berkata.

Laporan itu menyebut semua individu terbabit yang berusia antara 24 dan 68 tahun dikaitkan dengan agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Pagi ini, semua 16 yang ditahan itu dihadapkan Ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi proses reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Siasatan dibuat di bawah Seksyen 16 (a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber mendedahkan, SPRM kini menjalankan siasatan berhubung kira-kira 60 peratus daripada peruntukan geran yang diberikan melalui MITRA tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang sepatutnya.

Ketika ini, dianggarkan MITRA memperoleh bajet berjumlah RM100 juta setahun, lapor BH.

Sumber berkata, puluhan juta dilesapkan oleh kumpulan terbabit, yang pada asalnya memohon geran peruntukan MITRA bagi melaksanakan program sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

“Siasatan kes ini akan merangkumi semua bentuk permohonan dan perbelanjaan peruntukan geran yang disalurkan oleh MITRA bermula tahun 2018 hingga kini.

“Kita menganggarkan hampir 60 peratus daripada peruntukan geran yang diterima oleh syarikat, orang perseorangan dan yayasan bagi tujuan pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang sepatutnya,” kata sumber.

Sumber berkata, siasatan SPRM mendapati tiada program dibuat dan tiada pernyataan perbelanjaan dapat dikemukakan.

MITRA distruktur semula pada tahun 2018 ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada April 2020 hingga kini, MITRA diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok