SPRM sila siasat, bertindak terhadap pemimpin PAS: Hadi

March 25, 2021 · Isu semasa

PAS sentiasa memberi laluan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemimpinnya, termasuk pada peringkat Kerajaan Persekutuan aau negeri.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju kepentingan tarbiyah dalam parti menghasilkan pemimpin dan kerajaan yang bersih daripada rasuah dan salah laku.

“Mereka (SPRM) dibenarkan bertindak tanpa sebarang halangan terhadap semua Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri dan anggota kerajaan,” katanya dalam Minda Presiden PAS di laman Facebook miliknya hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, tahap integriti pemimpinnya masih jelas tiada beza sama ada sebelum atau selepas menjadi kerajaan sepanjang tempoh sejarah parti itu memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Alhamdulillah terbukti integriti Menteri Besar Kelantan yang memimpin selaam lebih dua puluh tahun (1959-1978 dan 1990-2013), begitu juga di Terengganu (1959-1961) dan Kedah (2008-2013).

“Semua pemimpin ini tidak meninggalkan pusaka rumah banglo atau cuba mengambil kesempatan ketika mengecapi kemenangan dan memimpin kerajaan negeri,” katanya.

Abdul Hadi menjelaskan, perkara sama turut terjadi ketika PAS berada dalam Kerajaan Pusat dari tahun 1973 sehingga tahun 1978 malah boleh dilihat hingga ke hari ini perjuangannya bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Malah beliau juga teruja PAS bergandingan menerajui perubahan kerajaan Pakatan Harapan kepada PN berpandukan undang-undang yang sah secara demokratik, dan kini sedang melangkah menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bersama tiga model kerajaan negeri dan turut serta dalam Kabinet Kerajaan Pusat.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok