SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta

February 8, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menyiasat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings atas dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan yang menyebabkan mereka mengalami kerugian RM157 juta.

Seorang jurucakap syarikat itu mengesahkan siasatan telah dimulakan hampir dua tahun lalu berikutan pendedahan kerugian teruk syarikat itu selama empat tahun berturut-turut.

“Pengurusan UiTM Holdings memang memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan. Malah, kami juga menyerahkan dokumen-dokumen diperlukan termasuk melibatkan pelaburan yang dikatakan mengalami ke­­rugian,” katanya menurut Utusan hari ini.

Malah, anak syarikat UiTM itu menjelaskan, syarikat itu kini di bawah pengurusan baharu sejak Disember 2021 dan menekankan tadbir urus korporat yang baik serta memastikan perniagaan dijalankan benar-benar berpotensi dan berdaya tahan.

Menurutnya, syarikat itu juga tidak lagi menguruskan perniagaan milik UiTM seperti Intekma Resort dan Convention Centre selepas aset berkenaan dikembalikan semula pada universiti itu sejak 2019.

“UiTM Holdings kini me­nyasarkan empat sektor yang menyumbang kepada peningkatan nilai aset perniagaan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Sektor perniagaan diceburi seperti solar, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.

“Pengurusan baharu mele­takkan sasaran UiTM Holdings untuk menjadi pemain dalam pasaran yang signifikan meliputi industri berpotensi besar.

“Dalam bidang solar, kami mempunyai dua ladang solar di Pasir Gudang, Johor dan Gambang, Pahang serta me­laksanakan projek rooftop solar di tujuh kampus UiTM.

Bidang teknologi pula, kami terlibat dalam perniagaan telco, pe­ngurusan wifi dan sistem pengurusan akademik seperti smart classroom yang mana klien terdiri daripada korporat dan universiti awam.

“Sementara penjagaan kesihatan pula, syarikat melalui UiTM Private Specialist Centre (UPSC) mengembangkan perniagaan dengan penambahan bilangan katil. Perniagaan ini merupakan paling berpotensi.

“Bagi bidang kreatif, UiTM Holdings menguruskan galeri seni komersial UiTM yang sudah pun menjadualkan 16 pameran pada tahun ini dengan memberi peluang kepada pengli­batan mahasiswa, pensyarah dan alumni,” jelasnya.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan UiTM Holdings mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM157.04 juta bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

Berdasarkan laporan kewangan pada 2017 dan 2021, syarikat yang menjadi harapan UiTM itu juga didapati tidak memaklumkan laporan kewa­ngannya bagi tahun 2020, jus­teru kerugian terkumpul dica­tatkan dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak RM157.8 juta.

Berdasarkan laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diperoleh Utusan Malaysia, anak syarikat UiTM yang ditubuhkanpada 2007 itu pernah mencatat keuntungan keseluruhan sebanyak RM26 juta pada 2011, 2014, 2015 dan 2016.

Berita berkaitan
Penganjuran ‘Thai Hot Guy’, JAWI siasat pihak penganjur
March 22, 2023· Isu semasa
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
4 minit lalu · Isu semasa
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
6 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok