
Bahagian depan rumah yang dikatakan didaftarkan atas nama Datuk Rohana Rozhan di Montpelier Street di London (dipetik dari TheVibes), yang belum disahkan sebagai rumah yang dibeli oleh Tim Leissner bernilai AS$10 juta (RM41.9 juta) supaya berdiam diri atas skandal kewangan 1MDB. – Gambar The Move Market, 24 Februari 2022
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor sudah mengambil keterangan bekas wanita yang dikaitkan dalam keterangan saksi utama kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibicarakan di Amerika Syarikat (AS), Tim Leissner.
Memetik Utusan keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dilapokan diambil hari ini.
Utusan memetik sumber memberitahu satu siasatan telah dijalankan SPRM berikutan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc., Tim Leissner dalam di Mahkamah Persekutuan di AS semalam berhubung pembelian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta kepada Rohana.
Sumber berkata, siasatan itu dijalankan mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.
“Keterangan Rohana telah diambil SPRM kira-kira pukul 9 pagi tadi di SPRM, Putrajaya,” katanya seperti dilapor Utusan.
Semalam, Leissner mengakui telah menggunakan wang yang diterima daripada 1MDB untuk membeli rumah bernilai AS$10 juta (RM41.8 juta) di London untuk kekasihnya dari Malaysia ketika itu, Rohana, lapor Bloomberg.
Leissner, memberitahu pendakwa raya AS, Drew Rolle bahawa Rohana telah mengancam untuk mendedahkan penglibatannya dengan 1MDB.
“Cik Rozhan sangat kecewa kerana saya memutuskan hubungan kami untuk bersama bakal isteri saya, dengan Kimora.
“Jika saya tidak membelikan dia rumah, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB. Dia mengancam untuk mendedahkan saya.
“Pada masa itu, 2013, saya sangat takut akan perkara itu,” Leissner dipetik sebagai berkata ketika disoal sama ada dia telah memberi Rozana sebarang wang daripada dana pelaburan Malaysia.