SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion

June 9, 2023 · Isu semasa

Akaun seorang bekas menteri kanan dan dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jumlah akaun yang dibekukan dalam siasatan pihak berkuasa itu sebanyak 192 akaun bank bernilai RM39 juta dan tindakan diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

SPRM dalam kenyataannya, berkata dana berjumlah melebihi RM39 juta itu membabitkan 192 akaun terdiri daripada 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

“SPRM kini sedang giat memperoleh maklumat dalam siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM berkata, pihak juga menggeledah kediaman bekas menteri kanan dan dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri itu.

Katanya, dua ahli perniagaan itu juga sudah dirakamkan percakapan.

“SPRM merakam pernyataan dua individu bergelar Tan Sri berkenaan, selain menggeledah kediaman serta premis-premis berkaitan membabitkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan berkenaan, kelmarin.

“Kesemua mereka juga sudah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bagi tindakan-tindakan itu dan susulan itu beberapa dokumen berkaitan kes yang diperoleh,” katanya

Berita berkaitan
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Rasuah kereta mewah pegawai kanan di kementerian, seorang pemilik syarikat ditahan: Laporan
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
19 jam lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok