SPRM reman 37 individu kes tuntutan palsu PenjanaKerjaya

July 15, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 37 individu semalam bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (PenjanaKerjaya) melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM100 juta.

Bernama yang memetik sumber sebagai berkata perintah reman ke atas 26 lelaki dan 11 wanita berusia 28 hingga 70 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya, Selangor, Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Di Putrajaya, 11 individu direman empat hari hingga 17 Julai (Ahad) manakala di Selangor, permohonan reman tiga hari dibenarkan terhadap lima individu hingga Sabtu ini.

“Di Johor, reman selama tujuh hari dibenarkan terhadap seorang individu dan enam hari terhadap dua individu hingga 19 dan 20 Julai. Perintah reman selama tujuh hari hingga 20 Julai ini dibenarkan terhadap seorang individu di Kedah dan masing-masing dua individu di Pahang dan Perak,” kata sumber itu malam ini.

Beliau berkata perintah reman enam hari dibenarkan terhadap dua individu di Pulau Pinang hingga 19 Julai.

“Sementara itu, perintah reman selama lima hari dikeluarkan terhadap dua individu masing-masing di Melaka dan Perlis, tiga individu di Kuala Lumpur dan empat individu di Negeri Sembilan hingga 18 Julai ini,” katanya.

Menurut sumber, kesemua individu yang terdiri daripada pemilik, pengarah, pengurus dan pemilik saham syarikat serta jurutera dan kakitangan eksekutif itu ditahan dalam Ops Hire yang dilancarkan di seluruh negara semalam dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Setakat ini, operasi yang dijalankan tersebut melibatkan 66 buah syarikat dengan nilai akaun dibekukan melebihi RM7 juta daripada 36 akaun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan tersebut berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata beberapa tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes itu.

Berita berkaitan
Tidak ada apa-apa tidak kena, kata Zafrul berhubung pakej rangsangan sejak 2020
January 5, 2023· Isu semasa
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023· Politik
Rafizi yang dulu tabur kebencian, kini nasihat pembangkang jangan timbulkan kebencian
December 11, 2022· Politik
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022· Isu semasa
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
17 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
23 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
23 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok