SPRM rakam keterangan Idris Haron isu royalti tambak laut

October 8, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka mengesahkan sudah merakam keterangan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengenai penyelewengan royalti projek tambakan laut.

Keterangan Idris diambil dalam satu pertemuan di Melaka Tengah petang semalam, kata Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad, sambil menambah pertemuan itu mengambil masa dua jam.

Menurutnya, maklumat berkenaan telah direkodkan dan dihantar ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk dianalisis sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Saya mengesahkan bahawa kita telah berjumpa dengan pihak beliau (Idris) dan sudah mengambil beberapa maklumat untuk diperincikan oleh pihak ibu pejabat.

“Setakat ini tidak ada lagi (dokumen) diambil, kita hanya berjumpa untuk mendapatkan keterangan yang mana seperti beliau kemukakan kepada pihak media sebelum ini,” katanya hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Idris mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka mendedahkan disebabkan perkara itu, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

SPRM dalam reaksi segera turut memaklumkan memandang serius dakwaan Idris dan akan menghantar pegawai untuk bertemu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu bagi mendapatkan maklumat lanjut.

SPRM dalam satu kenyataan berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mahupun bukti berkaitan isu dakwaan pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka supaya tampil.

“Mana-mana pihak yang memiliki maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan berhubung isu berkenaan diminta tampil untuk memberi kerjasama kepada SPRM.

“Ingin ditegaskan bahawa kegagalan melaporkan apa-apa salah laku di bawah Akta SPRM adalah satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

Berita berkaitan
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
August 7, 2022· Isu semasa
Bekas Exco Johor dan anak lepas, bebas dari tuduhan rasuah RM35.7 juta
August 7, 2022· Isu semasa
Anwar bidas Hishammuddin jawab isu skandal kapal, kontraktor kutip komisen marah?
August 6, 2022· Politik
Siasatan kapal tak siap di peringkat akhir, kata SPRM
August 6, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok