SPRM pula minta polis siasat aktivis buat tuduhan terhadap Azam

January 8, 2022 · Isu semasa

Seorang Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohan Munusamy memaklumkan tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang pegawai penguat kuasa kanan memiliki saham.

Memetik laporan Malaysianow beliau berkata dalam pengetahuan beliau undang-undang Malaysia juga tidak sama sekali melarang pegawai kanan menjadi pengarah mana-mana syarikat.

“Saya sedia maklum bahawa adalah tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang pegawai penguatkuasa kanan memiliki saham atau menjadi pengarah mana-mana syarikat dan perkara ini tidak sama sekali dilarang oleh undang-undang di Malaysia,” katanya.

Laporan itu juga memetik Mohan sebagai berkata dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki adalah ‘palsu, tidak berasas, berniat jahat’.

Katanya artikel Lalitha Kunaratnam, yang mempunyai kaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) C4 Center diketuai aktivis Cynthia Gabriel ditulis dengan tujuan memburukkan badan-badan penguatkuasaan dan pegawai kerajaan.

“Saya mendapati penulis artikel itu membuat kenyataan palsu tanpa sebarang percubaan untuk mengesahkannya, dia membuat kesimpulan sendiri bahawa semua penguatkuasan kanan akan menyalahgunakan kuasa dan melakukan rasuah jika mereka memiliki saham atau terlibat dengan perniagaan,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa polis menyiasat aktivis berhubung penerbitan berita palsu berkait artikel yang mendakwa Azam mempunyai konflik kepentingan dalam pemilikan beberapa saham syarikat.

Mohan berkata dakwaan yang dibuat Lalitha bukan sahaja salah fakta, bahkan membayangkan pegawai-pegawai kanan penguatkuasan badan itu melakukan rasuah hanya kerana mereka terlibat dalam perniagaan.

Sebelum ini, Azam dikaitkan dengan sejumlah pegangan saham dan juga mengaku membenarkan adiknya, Nasir, menggunakan akaun bagi membeli saham syarikat senaraian awam beberapa tahun lalu.

Menurut Azam, tiada sebarang kesalahan dengan tindakan tersebut dan menjanjikan kerjasama penuh dalam siasatan dibuat Suruhanjaya Sekuriti.

Pada Khamis, Azam turut menghantar surat tuntutan terhadap Lalitha, beberapa jam selepas beliau berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Dalam pada itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Azam selepas memanggilnya pada November lalu berhubung perkara itu.

Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang berkata Azam memberitahu akaun trading miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok