SPRM panggil lima pegawai MARA Corp beri keterangan esok

February 11, 2022 · Isu semasa

Lima pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dikaitkan dengan isu integriti dan salah guna kuasa, membabitkan anak syarikat agensi itu, MARA Corporation (MARA Corp) akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya pagi esok.

Sumber SPRM berkata kelima-lima individu berkenaan merupakan 17 individu yang telah dikenal pasti bagi membantu siasatan kes berkenaan, menurut laporan Bernama.

“Selain lima orang pegawai MARA berkenaan, turut akan dipanggil untuk dirakam keterangan adalah empat lagi anggota Lembaga Pengarah MARA Corp, empat orang pegawai MARA, tiga pegawai bank dan seorang pegawai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Setakat hari ini, seramai 14 saksi telah dirakam keterangan mereka membabitkan seramai empat orang ahli lembaga pengarah MARA Corp, tujuh individu daripada pengurusan MARA Corp, dua orang pegawai MARA dan seorang kakitangan syarikat setiausaha korporat,” kata sumber itu kepada Bernama.

Sementara itu, sumber SPRM memberitahu dalam serbuan SPRM ke Ibu Pejabat MARA dan MARA Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada Isnin lepas, SPRM telah merampas antaranya dokumen terdiri daripada kertas cadangan dan minit mesyuarat lembaga pengarah, dokumen kewangan dan senarai gaji serta dokumen membabitkan sumber manusia.

Pada Ahad lepas, kelima-lima individu yang dikaitkan dengan salah laku berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan menafikan pembabitan mereka dalam isu berkenaan.

Sabtu lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.

Berita berkaitan
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
9 jam lalu· Isu semasa
Bekas menteri DAP tegur Menteri DAP dalam isu pegawai terlibat kes rasuah
May 28, 2023· Politik
Kenapa sita akaun Bersatu selepas Dewan Rakyat diberitahu tiada bukti dana judi?
May 28, 2023· Politik
UMNO terima penyertaan semula Isa Samad yang terpalit kes rasuah
May 27, 2023· Politik
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
46 minit lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
2 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok