SPRM panggil kakitangan Perkeso bantu siasat kes PenjanaKerjaya

July 18, 2022 · Isu semasa

Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah mengambil keterangan beberapa pegawai Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi membantu siasatan tuntutan palsu program PenjanaKerjaya.

Memetik The Star, sumber yang mengetahui berhubung siasatan itu memberitahu beberapa pegawai Kementerian Sumber Manusia telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Semua kakitangan terbabit dipanggil sejak seminggu lalu setelah SPRM dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memulakan Ops Hire.

Sejak Ops Hire bermula 13 Julai lalu, sejumlah individu direman di Putrajaya, Selangor, Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Setakat ini, 67 syarikat telah disiasat dan 36 akaun dengan nilai keseluruhan lebih RM7 juta telah dibekukan.

“Pegawai itu dipanggil untuk membantu menjelaskan beberapa dasar dan prosedur kerana penyiasat memerlukan penjelasan mengenai perkara ini,” kata sumber berkenaan seperti dilapor akhbar itu.

“Ini adalah proses biasa. Jika penjelasan diperlukan, maka penyiasat akan memanggil orang yang diperlukan dan merekodkan kenyataan mereka,” tambah sumber itu.

Sumber itu menafikan laporan bahawa 40 kakitangan kementerian dan Perkeso ditahan dalam serbuan di pejabat mereka.

“SPRM telah memanggil pegawai terbabit sejak seminggu lalu tetapi penyiasat pastinya tidak memanggil sehingga 40 kakitangan berkenaan,” kata sumber yang sama.

SPRM dan Perkeso melakukan siasatan sejak minggu lepas dan telah menahan 40 individu – bukan daripada kementerian – atas dakwaan tuntutan palsu dan penyelewengan dana PenjanaKerjaya, yang dikatakan berjumlah RM100 juta.

PenjanaKerjaya diperkenalkan pada 2020 di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Negara, menawarkan insentif kewangan antara RM600 dan RM1,000 kepada majikan bagi setiap perantis pekerja yang diambil bekerja sehingga enam bulan.

Perkeso sejak itu telah menggantung bayaran berjumlah RM423 juta untuk program itu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata majikan dan penyedia latihan yang membuat tuntutan palsu perlu memulangkan wang tersebut bagi mengelak tindakan diambil terhadap mereka.

Beliau juga berkata terdapat kemungkinan beberapa individu daripada MIC terlibat dalam skandal PenjanaKerjaya.

Berita berkaitan
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
58 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
17 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
17 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
17 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok