SPRM masih siasat kes LCS, lejar UKSB dan hakim Mohd Nazlan

September 8, 2022 · Isu semasa

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menjelaskan siasatan lanjut membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, masih dijalankan.

Menurutnya kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam negara tetapi dikembalikan supaya siasatan lanjut dapat dilakukan.

“Mungkin jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Peguam Negara adalah ringkas. Mungkin bermaksud tidak ada lagi di tangan beliau.

“Namun, sebenarnya kertas siasatan sudah dikemukakan kepada beliau dan diberi kepada kita balik dan (dihantar) kepada beliau balik dan kepada kami untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media selepas Konvokesyen Program Pentauliahan Penguatkuasaan Undang-undang SPRM pertama 2022, di Putrajaya, hari ini.

Mengakui kertas siasatan itu sudah beberapa kali dihantar dan dikembalikan semula, Azam berkata, ia adalah proses normal membabitkan kertas siasatan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan siasatan terhadap individu yang dinamakan dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) – bahan bukti dalam perbicaraan kes rasuah dihadapi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Memetik BH Azam berkata pihaknya sudah memanggil hampir semua individu dinamakan dalam lejar terbabit, setakat ini.

“Saya menjangkakan dalam tempoh terdekat, kertas siasatan akan disiapkan oleh pegawai saya. Saya tidak tahu bila (kertas siasatan akan dilengkapkan) tetapi dalam tempoh terdekat,” katanya

Selain itu, beliau juga berkata pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk menyiasat skandal projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) bernilai RM9 bilion yang bermasalah.

Pada sidang media itu beliau berkata, SPRM memerlukan sedikit masa untuk memanggil lebih ramai saksi dalam siasatannya, termasuk yang berada di luar negara.

Ketika ditanya sama ada SPRM akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas) Abd Latiff Ahmad untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kaitannya dengan projek itu, Azam berkata: “Tiada komen mengenainya.”

“Kerana kita masih siasat. Kita perlu semak perkara itu,” katanya.

Berita berkaitan
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Kami ada bukti broker ‘Datuk Botak’ beli MP Bersatu, kata Wan Ahmad Fayhsal
November 15, 2023· Politik
SPRM lapor polis video TikTok didakwa buat fitnah
November 15, 2023· Politik
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok