
Pegawai penyiasat SPRM di balai polis Presint 7 dekat Putrajaya semalam, (24 Jun) terhadap kenyataan di luar mahkamah oleh bekas Menteri Beliau dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sedangkan perbicaraan kes mereka masih berlangsung.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat dua laporan polis berkaitan dua kes rasuah berprofil tinggi yang sedang dibicarakan melibatkan bekas menteri, kerana menghina mahkamah.
SPRM membuat laporan itu masing-masing terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Laporan itu dibuat berkaitan kenyataan kedua-duanya berhubung perbicaran kes masing-masing yang sedang berjalan.
Memetik NST, kedua-dua laporan terhadap Guan dan Syed Saddiq telah dibuat oleh pegawai penyiasat SPRM di balai polis Presint 7 dekat Putrajaya semalam. (24 Jun)
Menurut laporan terhadap Lim, pengadu berkata dia melihat artikel berita dalam talian berhubung kenyataan Guan Eng menafikan dakwaan saksi pendakwaan terhadapnya.
Laporan itu mendakwa Guan Eng menyifatkan keterangan saksi pendakwaan Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli sebagai palsu, rekaan dan konspirasi politik.
Pengadu berkata tindakan ini adalah sub-kehakiman kerana perbicaraan masih berjalan.
Guan Eng menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri ketika itu untuk meminta suapan bagi membantu Consortium Zenith Construction mendapatkan projek terowong dasar laut.
Dia didakwa meminta 10 peratus daripada keuntungan yang diperoleh syarikat itu daripada pemiliknya, Zarul.
Dia juga didakwa menerima RM3.3 juta untuk dirinya dan menyebabkan dua bidang tanah milik kerajaan negeri dilupuskan kepada dua syarikat yang dikaitkan dengan projek terowong itu.
Guan Eng membuat kenyataan itu semasa sidang media berhampiran Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas kesnya ditangguhkan pada hari itu.
Sementara itu, laporan terhadap Syed Saddiq mendakwa seorang peguam Lim Wei Jiet membuat kenyataan sub-kehakiman dengan menyifatkan pertuduhan terhadap Syed Saddiq sebagai bermotif politik.
Pengadu berkata, perbicaraan kes itu masih belum bermula dan tindakan ini mungkin mengganggu proses kehakiman kes itu.
Syed Saddiq didakwa, sebagai ketua Armada ketika itu yang diamanahkan mengawal dana Armada, bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, penolong bendahari Armada ketika itu, melakukan penyelewengan dan pecah amanah jenayah (CBT) sebanyak RM1 juta dana pertubuhan itu.
Dia juga menghadapi dua pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram, iaitu dua transaksi RM50,000, dipercayai hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang, daripada akaun Maybank Islamic Bhd miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.