SPRM cadang undang-undang baharu tangani kartel tender: Azam

October 3, 2021 · Isu semasa

Pendekatan penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata SPRM yang mencecah usia ke-54 tahun memerlukan pendekatan seperti itu dilaksanakan segera supaya negara ini tidak tercicir daripada menguatkuasakan undang-undang rasuah setanding negara maju lain.

“SPRM kini perlu mencari kaedah baru dengan strategi tindakan yang lebih fokus supaya (penguatkuasaan undang-undang) memberikan hasil dan impak kepada masyarakat terutamanya membabitkan kes dalam ketirisan dana kerajaan.

“Ketika ini, tiada undang-undang boleh disabitkan terhadap mereka yang menguasai perolehan projek dan SPRM telah mencadangkan untuk memasukkan peruntukan undang-undang baru mengenai tanggungjawab mendedahkan pemunya benefisiari ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694),” katanya lapor Bernama.

Beliau diwawancara secara maya baru-baru ini sempena Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-54.

Azam berkata menerusi undang-undang itu jenayah kartel projek dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan ketirisan dan salah guna dana kerajaan.

Selain itu, Azam berkata suruhanjaya itu akan memberi perhatian terhadap rasuah dalam sektor perolehan, penguatkuasaan dan ‘grand corruption’ melibatkan peringkat tertinggi atau berprofil tinggi.

“Hala tuju kita adalah membantu negara mengurangkan ketirisan dana kerajaan kerana dana kerajaan perlu diuruskan dengan baik…jadi, sumbangan SPRM supaya dana ini tidak hilang begitu sahaja.

“Menerusi sudut perolehan, sejak 2020 ada isu kartel projek hingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian besar iaitu ratusan juta. Kita juga telah menuduh seorang ahli perniagaan kerana mempelopori projek kerajaan dan mengambil hak orang lain,” katanya.

Beliau berkata selain itu, beberapa pegawai kerajaan yang terlibat dengan pengendalian projek dan isu kartel daging turut ditahan kerana disyaki terbabit rasuah.

Menyentuh mengenai ‘grand corruption’ iaitu perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan individu yang mempunyai kuasa berskala tinggi, Azam berkata mereka itu licik dan sukar dijejaki.

“Mereka ini cukup licik jika mahu dikesan dan kini apabila adanya laporan daripada orang ramai, kita tidak terus mengambil tindakan tetapi membuat kajian terhadap mereka. Oleh itu, kita sebelum ini telah menahan individu daripada gred Jusa B dan C selepas mengubah (kaedah) perisikan dan penyiasatan,” katanya.

Azam berkata setakat Ogos lepas, seramai 331 penjawat awam ditahan selepas terbabit rasuah melibatkan enam daripada pengurusan tertinggi, 104 daripada pengurusan dan profesional manakala bakinya terdiri daripada kumpulan sokongan.

Sementara itu, beliau berkata semua pihak termasuk ketua jabatan, agensi atau kementerian perlu bekerjasama dengan tidak meletakkan usaha membanteras rasuah kepada SPRM semata-mata.

Mengenai sambutan ulang tahun SPRM ke-54 yang bertemakan ‘Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi’ tahun ini, Azam berkata semangat membudayakan integriti perlu dilaksanakan terlebih dahulu dalam usaha memerangi rasuah.

Berita berkaitan
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
August 7, 2022· Isu semasa
Bekas Exco Johor dan anak lepas, bebas dari tuduhan rasuah RM35.7 juta
August 7, 2022· Isu semasa
Anwar bidas Hishammuddin jawab isu skandal kapal, kontraktor kutip komisen marah?
August 6, 2022· Politik
Siasatan kapal tak siap di peringkat akhir, kata SPRM
August 6, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,083 kes semalam, 12 kematian
9 minit lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
9 minit lalu · Isu semasa
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok