SPRM akan siasat aset Rafizi selepas terima aduan NGO: Laporan

November 10, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ini berikutan, satu laporan dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung pengisytiharan calon Parlimen Pandan itu.

BH memetik satu sumber mengesahkan, SPRM akan mengkaji perkara itu dan siasatan akan dijalankan mengikut aspek-aspek tertentu yang masih dalam penelitian.

Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Jalinan Perpaduan Malaysia (PJPM), membuat laporan terhadap Rafizi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini (Khamis, 10 November 2022).

Presiden PJPM Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz menggesa suruhanjaya itu menyiasat perisytiharan aset Rafizi berhubung syarikat analisis datanya, Invoke Solutions Sdn Bhd (Invoke).

“Beliau tiba-tiba keluar untuk mengisytiharkan asetnya berjumlah hampir RM19 juta, yang mengejutkan kami, dan kami ingin tahu dari mana sumber dana RM16 juta untuk Invoke,” katanya ketika ditemui di hadapan pejabat SPRM selepas membuat laporan itu.

Menurutnya Invoke telah mengisytiharkan kerugian berjumlah jutaan ringgit, tetapi jumlah keuntungan mereka hanya mencecah ratusan ribu ringgit dan ianya tidak masuk akal.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022· Isu semasa
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
1,616 kes baharu, empat kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok