Spray gun cegah virus Covid-19, benar atau mitos?

September 20, 2021 · Isu semasa

Sejak negara dilanda pandemik, rata-rata produk yang dijual bertujuan untuk memerangi wabak Covid-19 laris di pasaran.
Ini temasuklah hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, pelitup muka, topeng muka, sarung tangan dan sebagainya.

Terbaharu, timbul pula persoalan keperluan penggunaan spray gun atau alat penyembur khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.

Bagaimanapun, penerangan Dr Sashini Seeni di forum kesihatan Malaysia, Doctor On Call, tiada kajian yang menunjukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

“Oleh itu, anda digalakkan agar menggunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer  dengan peratusan alkohol yang disarankan iaitu 65 peratus ke atas.

“Selain itu, anda juga perlu untuk mengamalkan langkah pencegahan lain seperti mencuci tangan dengan sabun dan air,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Izzar Anwari Abdul Khani  juga tidak menggalakkan untuk kita menggunakan ‘spray gun’ terutamanya di rumah. Katanya, ada risiko keselamatan yang ibu bapa perlu tahu apabila guna alat ini.

Adakah ‘spray gun’ selamat untuk digunakan?

Beliau menegaskan, penggunaan alat seperti itu perlulah digunakan oleh individu terlatih. Bahan kimia disinfeksi yang digunakan pula mestilah yang telah disahkan selamat.

Penggunaan juga perlulah sangat berhati-hati terutamanya apabila berdekatan dengan tempat penyediaan makanan atau tempat kanak-kanak bermain. Ini kerana risiko kepada pendedahan bahan kimia disinfeksi boleh memudaratkan anggota badan termasuklah kulit, mata dan pernafasan.

“Kesan lebih buruk jika ia digunakan pada tempat penyediaan makanan atau tempat kanak-kanak bermain. Pengendalian alat itu perlulah dikendalikan oleh individu yang terlatih kerana setiap alat tersebut mempunyai cara berbeza dan selamat untuk digunakan,” ujarnya.

Beliau menyimpulkan, orang ramai disyorkan supaya mengguna cara disinfeksi normal sahaja kerana ia sudah memadai seperti lap dengan cecair nyah kuman atau botol penyembur nyah kuman biasa sahaja kerana itu lebih selamat digunakan.

“Sekarang ini, banyak jualan pada produk ‘spray gun’ untuk nyah infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah. Di pasaran ada banyak jenis alat semburan ini bergantung pada harga. Antaranya ‘electrostatic sprayer’, ‘fogger’, ‘misters’, atau ‘vaporizer’,” jelasnya.

Tambah Dr. Izzar, alat ini berfungsi dengan menukar cecair kimia disinfeksi ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan itu tidak mempunyai sistem pengalihan udara yang bagus.

“Bahan kimia dalam bentuk aerosol ini boleh memudaratkan kulit, mata atau pernafasan kita. Penggunaan produk ini tidak dihalang untuk digunakan, digalakkan atau tidak digalakkan namun, apa yang boleh dikatakan, jika ia digunakan hendaklah sangat berhati-hati,” katanya.

Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun sudah cukup untuk mengurangkan Covid-19.

Lepas itu kalau mahu lebih sikit, lakukan disinfeksi dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, tisu basah atau botol semburan disinfeksi sudah memadai. Memang tidak canggih atau ‘cool’ seperti ‘spray gun’, tetapi penggunaannya lebih selamat.

“Jadi, bagi saya untuk penggunaan di rumah, tidak perlu ‘spray gun’. Risiko juga tinggi kalau diguna dengan cara salah,” ujarnya.

Jika ‘electrostatic sprayer’ atau ‘fogger digunakan :

  1. Perlu digunakan oleh orang yang terlatih
  2. Menggunakan bahan kimia yang diluluskan
  3. Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, masa penggunaan)
  4. Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan pengendali, orang di sekeliling, dan pengguna bilik selepas itu.
  5. Guna dengan sangat berhati-hati jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak-anak bermain.

Kena tahu dan fahami risiko :

  1. Pendedahan kepada bahan kimia nyah disinfeksi dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan
  2. Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak-anak bermain.
  3. Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang lakukannya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok