SPR terima pemakluman pembubaran tiga DUN

October 17, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, iaitu bagi Pahang, Perlis dan Perak.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata surat pemakluman berkenaan diterima daripada Speaker DUN negeri berkenaan, iaitu bagi Pahang dan Perlis yang bertarikh 14 Oktober 2022 serta Perak bertarikh 17 Oktober 2022.

“Justeru, penetapan tarikh penting pilihan raya bagi ketiga-tiga negeri ini akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan pada 20 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perak adalah negeri terakhir yang memutuskan untuk membubarkan DUN, hari ini, selepas Pahang dan Perlis, sekali gus akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Enam lagi negeri memutuskan untuk tidak membubarkan DUN, termasuk tiga negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan persiapan dilakukan bagi menangani banjir yang dijangka berlaku di tiga negeri terbabit.

Tiga lagi negeri adalah di bawah pentadbiran PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, yang mana Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, turut menyatakan sebab untuk menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
17 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
13 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
5 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok