SPR terima notis bubar DUN, bincang tarikh PRN Melaka

October 5, 2021 · Isu semasa

Notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dihantar Speaker, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sudah diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dan pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan berhubung notis tersebut serta menjelaskan berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, Pilihan Raya Negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

“SPR akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya itu. Tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian,” katanya hari ini.

Awal hari ini, Ab Rauf berkata Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam berkenan membubarkan DUN berkuat kuasa semalam.

Semalam, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO, Bersatu dan seorang Bebas mengumumkan hilang kepercayaan, sekali gus menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

ADUN tersebut adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Berita berkaitan
SPR tentukan tarikh penting PRK DUN Jepak pada 25 Sept
September 19, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP dilantik Speaker Selangor, tuntutan kepada UMNO ditunai
September 19, 2023· Politik
Kalah tapi ada peningkatan undi, calon PN di Simpang Jeram berpuas hati keputusan
September 10, 2023· Politik
Berkempen langgar peraturan, SPR tegur jentera PH dalam PRK
August 29, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
6 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok