SPR diarah siap sedia laksana Undi 18

September 7, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diarahkan bersiap sedia melaksanakan Undi 18 sebelum 31 Disember ini sebagaimana diarahkan Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata arahan itu dikeluarkan kerana kerajaan belum membuat sama ada akan merayu berhubung keputusan mahkamah itu.

“Saya sudah arahkan SPR bersiap sedia untuk melaksanakannya (Undi 18) menjelang 31 Disember ini.

“SPR diminta untuk melaksanakan apa sahaja yang perlu berlandaskan kuasa di bawah SPR yang disebut hakim di Sarawak,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke SPR di Putrajaya, hari ini.

3 September lalu media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember tahun ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Wan Junaidi berkata kerajaan belum membuat keputusan untuk merayu berhubung keputusan mahkamah tersebut dan arahan daripada Mahkamah Tinggi Kuching itu masih kekal sebagai undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Belum lagi diputuskan, kena dapat perbincangan mendalam dengan Jabatan Peguam Negara dan mendapat keputusan dasar daripada Jemaah Menteri,” katanya menjawab soalan.

Wan Junaidi berkata antara perkara berbangkit selepas Parlimen meminda Perlembagaan untuk menurunkan umur pengundi dan calon adalah apabila terdapat negeri yang belum membuat pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri bagi melaksanakan pencalonan 18 tahun sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri terbabit.

Beliau berkata perbincangan menyeluruh perlu diadakan antara SPR dan Jabatan Peguam Negara mengenai tindakan yang perlu diambil jika negeri-negeri berkenaan masih tidak bersetuju dengan penurunan umur menjadi calon ADUN.

Berita berkaitan
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
DUN Jepak kekal milik calon GPS
November 4, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok