SPM bukan kayu ukur masa depan

June 21, 2022 · Isu semasa

Minggu lalu sebahagian pengguna media sosial di Malaysia membuat status tentang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ramai beranggapan dengan memperolehi keputusan SPM yang baik dan cemerlang, boleh masuk universiti, dapat biasiswa, dapat kerja elok dan bergaji besar.

Namun perlu diakui dan diketahui bahawa keputusan SPM yang baik belum tentu mampu menjadi kayu ukur kehidupan seseorang pada masa akan datang.

Selama dua tahun pendidikan negara seakan terjejas berikutan pandemik yang melanda negara juga dunia. Belajar secara Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), dalam talian (online) memberikan kesan yang mencabar kepada anak-anak.

Di sinilah peranan besar ibu bapa dalam mendepani anak-anak remaja yang baru menamatkan zaman sekolah menengahnya. Ibu bapa juga perlu bersyukur bahawa anak-anak mereka sudah meningkat remaja.

Hakikatnya, peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran mampu diperoleh, berlaku sepanjang masa dan kadang-kadang tidak dapat dielakkan seperti usahawan menguasai ilmu teknologi maklumat serta menghadiri bengkel perniagaan dalam talian.

Ini menunjukkan pembelajaran dan perubahan kehidupan tidak dapat dielakkan, manakala pembelajaran sepanjang hayat dapat mewujudkan serta mengekalkan sikap positif terhadap pembangunan peribadi dan profesional.

Pembelajaran sepanjang hayat menekankan proses pembelajaran berterusan dengan setiap individu berhak mendapat dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran melalui pendidikan formal atau tidak formal.

Ia bermula di Amerika Syarikat (AS) sekitar 1960-an, kemudiannya dipopularkan di Eropah melalui Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bersesuaian dengan pengumuman keputusan SPM dan apa-apa juga hasil diperoleh murid, wajar diingatkan kembali mengenai hakikat pendidikan tidak terhenti selepas tamat persekolahan atau pengajian universiti, sebaliknya perlu mengiringi seseorang di sepanjang usia.

Pembelajaran sepanjang hayat boleh meningkatkan pemahaman kita terhadap dunia di sekeliling dan memberi lebih banyak peluang dalam meningkatkan kualiti hidup.

Dalam pada itu, penceramah motivasi dikenali ramai, Mohd Sukur Ibrahim menasihatkan mereka yang gagal SPM agar tidak kecewa.

“Jangan kecewa. Jangan salahkan Tuhan. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah. Tinggal lagi, sesiapa yang tidak memandang hikmahNya, dia akan rugi selama-lamanya.

“Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM dan terus malas belajar. Dia rugi dan dia adalah orang yang tidak mahu memandang hikmah Allah dengan sebaik mungkin.

“Tetapi bagi mereka yang memandang apa yang terjadi itu dari sudut positif, maka teguran daripada keputusan yang tidak berapa cemerlang ini, akan dilihat dan diambil secara baik.

Dia ubah dirinya menjadi lebih berdisiplin. Dia tingkatkan diri agar menjadi lebih rajin. Dia perbaiki diri agar menjadi yang lebih kuat hubungannya dengan Allah, ibu bapa dan orang di sekelilingnya,” ujarnya.

Justeru,  sebagai ibu bapa disarankan fokus pada yang positif. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberikan sokongan positif dan meraikan pencapaian anak-anak.

Ini akan membantu membina hubungan kepercayaan dan mengatasi serangan negatif yang berterusan yang mereka bakal hadapi setiap hari. Selain itu, memberi tumpuan kepada pengisian rohani adalah penting. Bantu anak remaja ini memahami erti kehidupan yang lebih mendalam.

Antaranya melihat perkara-perkara yang dihadapi secara  realistik. Teruskan memberikan semangat dan motivasi agar mereka tetap rasa disayangi dan dihargai untuk menempuh kehidupan hari esok juga seterusnya.

Berita berkaitan
Satu daripada 9 wanita hidap kanser
June 21, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 1,922 dengan empat kematian
June 15, 2022· Isu semasa
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022· Isu semasa
82,846 kes HFMD direkodkan KKM setakat 4 Jun
June 7, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
10 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
10 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
14 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok