Speaker pinda keputusan undian SOSMA, undi MP Pasir Salak tak dikira

August 2, 2022 · Isu semasa

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun meminda keputusan undi belah bahagian pada 20 Julai bagi usul membatalkan keputusan dewan yang menolak lanjutan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau berkata dengan pindaan itu, sebanyak 104 bersetuju berbanding 105 sebelum ini, tidak hadir 33 berbanding 32 dan undi tidak bersetuju kekal sebanyak 83 bagaimanapun ia tidak menjejaskan keputusan undian bagi usul berkenaan.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 100 yang menyatakan “semua perkara yang tidak disyaratkan terang-terang dalam peraturan-peraturan ini dan semua perkara berkenaan dengan menjalankan peraturan-peraturan ini pada perkara satu persatunya, hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan peraturan-peraturan ini, sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang Dipertua dari satu masa ke satu masa”.

Sebelum ini, isu Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah digantung selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Julai lepas selepas diputuskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Perkara ini dibangkitkan Teo Nie Ching (PH-Kulai) susulan senarai penyata rasmi pada 20 Julai merekodkan Tajuddin masih masuk ke dewan dan terlibat dalam pengundian usul itu.

“Sebenarnya saya yang mempengerusikan majlis (ketika undi belah bahagian) tetapi saya tidak dimaklumkan tentang penggantungan itu dan saya tidak tahu tentang penggantungan tersebut.

…sekiranya saya tahu mengenai perkara ini sudah tentu saya tidak akan benarkan Yang Berhormat Pasir Salak untuk mengundi usul Menteri Dalam Negeri,” katanya di sini hari ini.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok