SOSMA: Sah kerajaan Ismail Sabri sedang disabotaj dari dalam

March 25, 2022 · Isu semasa

Pendedahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, bahawa ada Ahli Parlimen (MP) blok kerajaan yang keluar dewan ketika undian hendak dilakukan, bagi meluluskan usul melanjutkan penguatkuasaan SOSMA, pada Rabu lalu, jelas menunjukkan ianya adalah tindakan sabotaj.

Tindakan MP terbabit menyebabkan undian belah bahagian yang dijalankan itu memihak kepada pembangkang dengan 86 undi menentang, manakala kerajaan hanya memperoleh 84 undi menyokong.

Hamzah ketika mendedahkan tindakan MP blok kerajaan itu hari ini kecewa hanya kerana MP terbabit tidak suka kepadanya maka mereka bertindak keluar dewan ketika undian hendak dijalankan.

Kita tidak terkejut jika MP UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertindak demikian kerana Hamzah yang membentangkan usul SOSMA adalah daripada Bersatu – parti yang dibenci UMNO.

Berita berkaitan: SOSMA: MP kerajaan ada dalam dewan tetapi keluar ketika undian

Ianya boleh dilihat, sebaik sahaja usul yang dianggap penting demi menjamin keselamatan dan keamanan negara itu ditolak, bertalu-talu serangan dilakukan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, khususnya daripada UMNO.

Malah MP Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat itu, tiba-tiba bingkas mengecam.

Beliau menuduh memorandum persefahaman (MoU) itu ditandatangani Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan, sedangkan umum mengetahui ianya ditandatangani Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Ismail Sabri.

Agenda Daily semalam melaporkan ada kemungkinan perbuatan MP blok kerajaan, khususnya daripada UMNO dan BN, adalah satu usaha untuk mensabotaj kerajaan Ismail Sabri yang mendapat dukungan majoriti MP PN dan Bebas.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dikuatkuasakan bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Dewan Rakyat meluluskan akta itu pada 17 April 2012, mendapat perkenan Diraja pada 18 Jun dan diwartakan pada 22 Jun 2012, serta berkuat kuasa sehingga 31 Julai ini.

Berita berkaitan: SOSMA: MP UMNO sabotaj sidang Parlimen untuk tekan Ismail Sabri? 

Pendedahan Hamzah hari ini sekali gus mengiakan rancangan mensabotaj kerajaan. Tindakan sabotaj itu bertujuan menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang yang dianggotai BN dan PN adalah kerajaan yang lemah.

Sebab itu, Zahid sendiri dalam kenyataannya berkata:

“Saya harap, masyarakat di luar sana dapat melihat betapa rapuh dan berisikonya bentuk kerajaan yang ada.”

Pada masa sama, UMNO juga menyasarkan pembangkang yang menolak usul itu dengan mendakwa PH telah melanggar MoU yang dimeterai dengan kerajaan.

Kita perlu bersikap adil. Pembangkang sebenarnya bukan baru-baru ini sahaja menolak SOSMA, sebaliknya mereka konsisten berbuat demikian sejak akta itu mula-mula diusulkan di Dewan Rakyat bagi menggantikan ISA.

Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania, Profesor James Chin ketika mengulas perkara itu dilaporkan berkata: “Ini mengenai UMNO mencari alasan untuk membatalkan CSA (MoU).”

Beliau berkata undian PH terhadap peruntukan akta itu lebih berkaitan dengan pendirian gabungan berkenaan menentang akta tersebut.

Dan, jika benar seperti dakwaan Hamzah bahawa terdapat MP blok kerajaan yang awalnya berada di dalam dewan, tetapi keluar ketika undian hendak dijalankan, maka siasatan perlu dijalankan, selain nama mereka perlu didedah kepada umum.

Kita percaya ada undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa menyiasat perbuatan mensabotaj kerajaan dari dalam, yang seharusnya digunakan supaya kejadian itu tidak berulang, hanya kerana berbeza fahaman politik.

Tok Akhi
Pemerhati politik kampung

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
18 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok