SOSMA: MP kerajaan ada dalam dewan tetapi keluar ketika undian

March 25, 2022 · Isu semasa

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendedahkan beberapa Ahli Parlimen (MP) kerajaan keluar Dewan Rakyat ketika undi belah bahagian hendak dijalankan bagi meluluskan usul Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tanpa menamakan MP terbabit beliau kecewa kerana tindakan itu menyebabkan satu usul demi keselamatan dan keamanan negara gagal mendapat kelulusan.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut daripada Bersatu berkata beliau difahamkan bahawa MP terbabit berada di dalam dewan ketika undi belah bahagian diputuskan untuk diadakan.

“Saya rasa agak terkilan dengan beberapa Ahli Parlimen terutamanya daripada pihak kerajaan sendiri yang saya difahamkan ada dalam dewan ketika undi belah bahagi, (tetapi) ketika nak undi, dia keluar.

“Sudah tentu saya tidak gembira (dengan tindakan keluar Dewan Rakyat). Sebahagian daripada mereka, mereka sudah berada di dewan tetapi keluar bila undi belah bagi. Itu tidak adil, saya boleh namakan siapa.

“(Alasan keluar) Sebab mereka tak suka muka saya,” katanya kepada pemberita selepas selepas menghadiri Perbarisan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas alasan MP daripada blok kerajaan yang bertindak keluar Dewan Rakyat pada Rabu lalu, menyebabkan kerajaan tidak dapat menyambung penguatkuasaan SOSMA untuk tempoh lima tahun lagi.

SOSMA dikuatkuasakan bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Dewan Rakyat meluluskan akta itu pada 17 April 2012, mendapat perkenan Diraja pada 18 Jun dan diwartakan pada 22 Jun 2012.

Melalui undi belah bahagian yang juga telah mencetuskan hiruk-pikuk di dalam dewan, usul dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin itu, menyaksikan 84 MP bersetuju manakala 86 (pembangkang) tidak bersetuju.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undi itu berkata seramai 50 MP tidak hadir.

Antara yang tidak hadir adalah 31 MP daripada blok kerajaan, termasuk MP Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang kemudian mengambil kesempatan cuba menunjukkan kelemahan kerajaan yang ada sekarang yang ditadbir Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata perbuatan ditunjukkan oleh MP blok kerajaan itu mencerminkan pemikiran mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap negara.

“Saya dah jelaskan, isu SOSMA ini adalah isu keselamatan negara. Bila ditolak oleh pembangkang, maknanya walaupun mereka mengaku sayangkan negara, dia tak sedar bahawa SOSMA dilakukan selepas kita tarik semula ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

“Bila kita hapuskan ISA, ketika itu, ada beberapa peristiwa lepas ISA ditarik balik, (dan) banyak berlaku jenayah terancang,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok