SOP PRN Melaka dimuktamadkan minggu depan

October 23, 2021 · Isu semasa

Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka dimuktamadkan minggu depan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad.

Beliau berkata perbincangan berkaitan SOP berkenaan telah mencapai peringkat akhir, dengan garis panduan untuk memperhalusi perkara itu sudah mencapai tahap 75 hingga 80 peratus.

“Awal minggu depan mungkin (SOP) akan dapat dimaklumkan kerana kita mahu mengambil kira pelbagai pandangan dan input termasuk cuaca, pendidikan dan sektor pelancongan.

“Ini penting kerana sektor pendidikan sudah dibuka dan pematuhan SOP oleh pelancong serta hotel juga perlu dilihat semula. Dalam mempersiapkan SOP ini kita perlu melihat di mana titik keseimbangannya,” katanya lapor Bernama.

Beliau terdahulumelancarkan Pakej Pelancongan Pit Stop Melaka Cruise di Taman Rempah.

Kamel berkata perbincangan SOP khas itu membabitkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, kumpulan profesional serta kepakaran teknikal sejak minggu lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok