SOP perjalanan umrah akan dimuktamad pertengahan Feb

January 19, 2022 · Isu semasa

Penilaian risiko dan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan umrah khusus bagi garis masa pembukaan semula perjalanan umrah, akan dimuktamadkan menjelang pertengahan Februari ini.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, perkara itu adalah maklum balas daripada sesi libat urus kedua-dua kementerian itu bersama Persatuan Agensi Pelancongan (UMRAH) hari ini, menurut laporan Bernama.

Libat urus yang dikendalikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin itu adalah bagi mendapatkan maklum balas berhubung hala tuju industri umrah susulan keputusan penangguhan sementara yang sedang berkuat kuasa.

“Kedua-dua menteri dalam maklum balas mereka telah menyatakan komitmen untuk memperincikan dan memperhalusi setiap isu serta cadangan yang dikemukakan di peringkat kementerian masing-masing sebelum membentangkan cadangan penambahbaikan kepada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 akan datang,” menurut kenyataan itu.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri pelancongan umrah adalah SOP berkaitan pelaksanaan perjalanan umrah, isu bayaran balik dan penjadualan semula penerbangan, perlindungan insurans, garis masa pembukaan semula perjalanan umrah dan bantuan pemulihan kepada industri pelancongan.

Sehubungan itu, kedua-dua kementerian berharap agar semua pemain industri dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan aktiviti umrah dapat terus dilaksanakan dengan selamat.

Turut hadir dalam sesi libat urus itu pengurusan tertinggi kedua-dua kementerian, wakil agensi persekutuan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Imigresen Malaysia serta ahli daripada Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok