SOP ketat PKP dinilai semula jika kes harian Covid-19 turun 4,000

June 13, 2021 · Isu semasa

Kerajaan akan menilai bagi melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di bawah sekatan penuh pergerakan (SPP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 jika jumlah jangkitan harian Covid-19 turun bawah 4,000 kes.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun menolak andaian kerajaan akan menamatkan PKP dalam masa terdekat.

Katanya beliau dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa apabila sampai ke tahap 4,000 kes, maka PKP akan dinilai semula.

“Bukan bermakna kita tamatkan PKP, tapi mungkin kita ‘review’ balik dari segi SOP yang mana boleh kita longgarkan sedikit,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat syor kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada mesyuarat khas akan datang, mengenai langkah yang boleh diambil sekiranya angka jangkitan harian turun ke paras 4,000

Katanya, buat masa ini fokus utama kerajaan adalah pemberian vaksin bagi mencapai imuniti kelompok atau sekurang-kurangnya kepada 60 peratus rakyat negara ini, sebelum pelan keluar daripada pelaksanaan PKP secara keseluruhan dapat dilaksanakan.

Mengenai Hospital Medan ATM di HSA, beliau berkata hospital yang dijangka beroperasi pada 17 Jun itu merupakan yang keenam dibina dengan kerjasama KKM bagi membantu menampung kapasiti hospital dan unit rawatan rapi (ICU) di Johor Bahru.

Dr Adham yang turut hadir berkata Hospital Medan ATM di HSA akan mempunyai empat katil ICU dan 60 katil wad untuk pesakit Covid-19 kategori tiga dan empat.

Setakat 11 Jun lepas, kadar penggunaan katil wad di hospital khusus Covid-19 di Johor ialah 92 peratus iaitu 1,095 daripada 1,186, manakala penggunaan katil ICU di enam hospital pakar di Johor iaitu HSA, Hospital Sultan Ismail, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Segamat melebihi 70 peratus.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
1 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
1 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
24 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok