SOP kemasukan pekerja asing diperketat, kata Hamzah

December 4, 2021 · Isu semasa

Kerajaan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berkaitan kemasukan pekerja asing berikutan Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 varian Omicron yang pertama di Perak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata SOP itu diperketatkan mengikut persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan setiap individu yang memasuki negara ini tidak membawa virus berbahaya itu.

“Kita tidak tahu mereka yang memasuki negara ini mempunyai virus dan kerana itu Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan ujian kepada orang yang memasuki negara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Mahabbah Rasulullah Sempena Maulidur Rasul di Dewan Majlis Daerah Selama di Sungai Bayor dekat sini hari ini.

Memetik Bernama, beliau berkata pekerja asing yang memasuki negara ini tidak terlepas daripada peraturan yang ditetapkan kerajaan iaitu mereka mesti divaksinasi terlebih dahulu serta menjalani ujian dan dikuarantin dalam tempoh ditetapkan sebelum dibenar bekerja di ladang-ladang dan sektor lain.

“Semua majikan juga patut menerima hakikat ini…yang penting untuk menjaga kesihatan rakyat. Kerajaan berhati-hati dan mengikut semua SOP kemasukan pekerja yang ditetapkan dan perketatkan SOP yang dipersetujui MKN,” katanya.

Malaysia merekodkan kes pertama positif Covid-19 varian Omicron, membabitkan seorang penuntut sebuah universiti swasta di Ipoh dari Afrika Selatan.

Ditanya mengenai isu kartel di Jabatan Imigresen, Hamzah berkata pihaknya telah meminta Ketua Pengarah Imigresen supaya mengambil terhadap kakitangan jabatan itu yang didapati terbabit dengan sindiket.

“Saya sudah maklum bahawa kartel ini merupakan satu kumpulan yang bekerja dengan sindiket. Sindiket tidak akan boleh melakukan sesuatu kerja tanpa mempunyai kumpulan dalam Jabatan Imigresen.

Beberapa orang kakitangan jabatan itu sama ada pegawai atau anggota kita akan ambil tindakan dan beberapa orang telah didakwa di mahkamah,” katanya.

Rabu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan ada menerima laporan berhubung kewujudan kartel dalam Jabatan Imigresen membabitkan pegawai pelbagai peringkat.

Pembabitan kartel itu bukan sahaja berkaitan urusan kenaikan pangkat dalam jabatan itu malah kartel itu juga dikatakan menggunakan pegawai imigresen untuk kepentingan mereka.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok