SOP imbas suhu badan, rekod masuk premis mansuh Jumaat

February 8, 2022 · Isu semasa

Prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod daftar masuk di premis akan dimansuhkan bermula Jumaat ini, sebagai langkah permulaan kerajaan untuk mengisytiharkan negara di bawah fasa endemik.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) pada mesyuarat ke-12 Menteri Kuartet Covid-19 hari ini.

“Dengan pemansuhan ini, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu masuk premis masing-masing.

“Namun, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, hari ini..

Beliau bagaimanapun, berkata terpulang kepada pemilik premis jika masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, dan kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya.

Menurutnya, pemansuhan berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan negara bergerak ke hadapan.

“Kalau kita masih dalam takuk dahulu, pada masa sama kita lihat ke hadapan dengan pendekatan baharu, akhirnya orang akan keliru. Jadi suhu badan dan buku itu tidak menjadi pertimbangan kita lagi,” katanya.

Hishammuddin berkata tempoh masa bagi pelaksanaan fasa endemik bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta melibatkan Ahli Parlimen pembangkang serta pakar kesihatan.

“Setakat ini perancangan berkaitan fasa peralihan ke endemik di peringkat Kuartet Menteri Covid-19 telah selesai. Saya tahu banyak pihak mula bimbang susulan gelombang penularan Omicron sedang meningkat dalam kes harian, tetapi kita tidak boleh berganjak daripada perancangan ke fasa seterusnya (endemik).

“PKPD akan dibuat susulan kepada kemungkinan kenaikan kes di lokasi dan lokaliti tertentu, kita boleh lakukan tetapi kawalan pergerakan seluruh negara macam dulu tidak mungkin kita akan adakan semula,” katanya.

Beliau berkata bagi melaksanakan fasa peralihan ke endemik, sistem kesihatan negara khususnya penggunaan katil di wad dan unit rawatan rapi (ICU) perlu berada dalam keadaan terkawal serta tahap kefahaman rakyat mengenai tujuh tonggak bagi pendekatan fasa peralihan ke endemik.

Berita berkaitan
Memorandum tuntut masuh AUKU diserah kepada kerajaan campuran
March 8, 2023· Isu semasa
Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’
March 8, 2023· Politik
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
1 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok