SOP dos penggalak solat Jumaat hanya terpakai di Selangor: JAKIM

February 27, 2022 · Isu semasa

Syarat menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Jumaat, hanya terpakai di Selangor, bukan negeri-negeri lain.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata syarat berkenaan ditetapkan pihak berkuasa agama Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja.

“JAKIM ingin merujuk SOP Solat Jumaat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui surat pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 Februari 2022.

“Kerajaan Selangor telah menetapkan syarat menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan Solat Jumaat.

“Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hakimah berkata SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan perkara ini adalah tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Menurutnya JAKIM menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak Covid-19 mencapai matlamat.

22 Februari lalu, Agenda Daily melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan penerima dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid, mulai 25 Februari 2022.

Arahan dan peraturan baharu itu dikeluarkan menerusi pekeliling yang diedarkan kepada masjid, surau dan musolla dibuat susulan peningkatan jangkitan Covid-19 di Selangor.

Pekeliling bertarikh 21 Februari 2022 itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan agar pentadbiran masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor meningkatkan penguatkuasaan. Berita berkaitan 

Berita berkaitan
Khutbah Jumaat Selangor: Kalimah Allah hanya untuk penganut Islam, bukan untuk agama lain
May 26, 2023· Isu semasa
Puluhan ribu hadir Rumah Terbuka PN tanda sokongan rakyat Selangor : Muhyiddin
May 22, 2023· Politik
Rakyat kena ‘ajar’ kerajaan gagal tunaikan janji dalam PRN nanti: Muhyiddin
May 22, 2023· Politik
Kerajaan ini suka mengugut lawan politik, kata Azmin
May 22, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok