SOP Aidilfitri belum ditetapkan

April 27, 2021 · Isu semasa

Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) sambutan Aidilfitri, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, katanya, SOP Aidilfitri yang tular di media sosial hari ini adalah palsu, sebaliknya ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Senarai SOP itu fake (palsu), tidak betul…. kononnya pada Aidilfitri nanti rentas daerah tidak dibenarkan, itu tidak benar sama sekali.

“Saya akan umumkan nanti SOP sambutan itu termasuklah tentang takbir raya, solat Aidilfitri, kunjung mengunjung dan ziarah tanah perkuburan,” katanya hari ini.

Hari ini tular senarai SOP Aidilfitri termasuk program ziarah dan rumah terbuka tidak dibenarkan, ziarah hanya boleh dalam kalangan ahli keluarga yang terdekat dan tidak melebihi 15 orang, selain aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan lima hari sebelum dan lima hari selepas Aidilfitri.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, 10 daerah di Kelantan iaitu Bachok, Jeli, Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menunjukkan kadar jangkitan yang semakin meningkat.

“Secara keseluruhan, KKM (Kementerian Kesihatan) mengesahkan status kes Covid-19 di kebanyakan negeri ketika ini menunjukkan trend tidak stabil serta nilai (R-naught) meningkat dan melepasi angka 1.0 sejak 20 hari yang lepas.

“Selain itu, berdasarkan pemantauan kes Covid-19 di Malaysia, KKM mengesahkan bilangan kluster berkaitan aktiviti sosial dan pendidikan bertambah sejak dua minggu kebelakangan ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
5 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
5 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
5 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
5 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok